1
00:00:29,363 --> 00:00:31,031
Emerson, awak bersama pesakit?

2
00:00:32,658 --> 00:00:34,659
Saya sedang menjaga
di luar biliknya, puan.

3
00:00:34,660 --> 00:00:37,538
Bagus. Saya mahu awak hantar pesanan
kepada jururawatnya.

4
00:00:41,875 --> 00:00:43,043
Apa awak buat di sini?

5
00:00:43,669 --> 00:00:45,712
Saya fikir awak mungkin mahukan teman.

6
00:00:48,799 --> 00:00:52,885
Saya mahu awak percaya proses Judicial

7
00:00:52,886 --> 00:00:54,512
untuk lantik datuk bandar interim.

8
00:00:54,513 --> 00:00:55,805
Keadaannya begitu teruk?

9
00:00:55,806 --> 00:00:59,016
Mungkin tak dapat bertahan malam ini.
Jumpa awak di rumah.

10
00:00:59,017 --> 00:01:01,018
Ia mahu yang ia mahukan tiga bulan lalu,

11
00:01:01,019 --> 00:01:04,565
tapi gas di lombong
tak berjaya buat begitu, bukan?

12
00:01:05,566 --> 00:01:07,775
Gas di lombong itu untuk Lukas Kyle.

13
00:01:07,776 --> 00:01:09,360
Dia ada di lombong?

14
00:01:09,361 --> 00:01:10,571
Dia berjaya larikan diri.

15
00:01:11,655 --> 00:01:13,490
Datuk bandar yang terkena gas itu.

16
00:01:17,244 --> 00:01:20,581
Suara di dalam sana fikir
ini sesuatu yang bagus.

17
00:01:22,124 --> 00:01:23,625
Kematian wira.

18
00:01:25,335 --> 00:01:26,587
Ini juga

19
00:01:27,880 --> 00:01:30,716
boleh hentikan keperluan
masukkan dadah itu ke dalam air.

20
00:01:34,469 --> 00:01:35,846
Saya akan buat demi awak.

21
00:01:38,682 --> 00:01:40,183
Saya yang kena buat.

22
00:01:40,184 --> 00:01:42,603
Ya. Saya faham.

23
00:01:43,896 --> 00:01:45,772
Tapi, awak tak perlu bersendirian.

24
00:01:51,486 --> 00:01:53,446
Bila Pn. Sims akan ke sini?

25
00:01:53,447 --> 00:01:54,823
Dia dalam perjalanan.

26
00:01:56,617 --> 00:01:58,619
Dia mahu pesakit tak sedar
apabila dia sampai.

27
00:02:03,874 --> 00:02:05,083
Tahan dia.

28
00:02:11,715 --> 00:02:13,174
Apa yang berlaku?

29
00:02:13,175 --> 00:02:15,801
- Okey.
- Tidak.

30
00:02:15,802 --> 00:02:18,763
Hei.

31
00:02:18,764 --> 00:02:20,848
- Tak apa. Semuanya okey.
- Tolong!

32
00:02:20,849 --> 00:02:24,269
- Tutup mulut dia.
- Tolong!

33
00:02:41,745 --> 00:02:43,330
Tidak.

34
00:03:12,985 --> 00:03:15,696
Kita kena pergi sekarang.

35
00:04:55,546 --> 00:04:57,047
BERDASARKAN SIRI BUKU SILO OLEH HUGH HOWEY

36
00:05:14,106 --> 00:05:17,066
- Hei. Apa awak buat?
- Kita kena hubungi seseorang.

37
00:05:17,067 --> 00:05:18,527
Hubungi seseorang?

38
00:05:19,152 --> 00:05:20,236
Apa awak buat?

39
00:05:20,237 --> 00:05:22,446
- Mereka dah hilangkan seorang lelaki.
- Tak guna!

40
00:05:22,447 --> 00:05:24,657
Mereka mungkin mendengar
melalui telefon kita.

41
00:05:24,658 --> 00:05:26,869
- Kalau Charlotte cuba telefon?
- Awak tak boleh…

42
00:05:27,369 --> 00:05:30,079
Daniel, tak boleh cakap dengan Charlotte.
Mereka akan pantau panggilannya.

43
00:05:30,080 --> 00:05:31,914
Kita kena pergi dari sini,
tapi saya tak tahu…

44
00:05:31,915 --> 00:05:33,833
- Kejap. Apa…
- …kereta saya ada pepijat atau penjejak.

45
00:05:33,834 --> 00:05:35,377
Awak rasa ini apa?

46
00:05:38,255 --> 00:05:41,508
Ada orang hilangkan lelaki itu.

47
00:05:43,468 --> 00:05:44,469
Okey?

48
00:05:45,554 --> 00:05:47,556
Kita kena pergi ke tempat yang selamat.

49
00:05:50,976 --> 00:05:52,602
Saya tahu satu tempat.

50
00:05:52,603 --> 00:05:53,604
Mana?

51
00:05:56,607 --> 00:06:00,068
Jangan datang sebelum pukul sepuluh.

52
00:06:01,195 --> 00:06:02,779
Apa saya patut buat sebelum itu?

53
00:06:03,572 --> 00:06:05,449
Walau apa pun, jangan balik rumah.

54
00:06:10,204 --> 00:06:11,622
Awak takkan apa-apa. Jururawat!

55
00:06:17,377 --> 00:06:19,212
- Tolong cakap dia okey.
- Saya tak tahu.

56
00:06:19,213 --> 00:06:20,838
Saya cuba tunggu dia. Mereka tak benarkan.

57
00:06:20,839 --> 00:06:22,924
- Saya memang tak berguna.
- Apa maksud awak?

58
00:06:22,925 --> 00:06:24,675
Jules minta saya tolong.

59
00:06:24,676 --> 00:06:27,386
Mula-mula saya tak hiraukan dia,
kemudian saya jerit kepadanya.

60
00:06:27,387 --> 00:06:30,223
Jangan salahkan diri awak.
Saya biarkan dia di dalam lombong.

61
00:06:30,224 --> 00:06:32,517
- Apa yang berlaku?
- Dia cuba selamatkan orang.

62
00:06:32,518 --> 00:06:33,935
Sudah tentu dia buat begitu.

63
00:06:33,936 --> 00:06:35,604
Mereka takkan benarkan awak lawat dia.

64
00:06:51,828 --> 00:06:53,621
Hei, Emerson.

65
00:06:53,622 --> 00:06:55,040
Dia masih hidup.

66
00:06:56,250 --> 00:06:57,251
Tak guna.

67
00:07:02,631 --> 00:07:06,760
Okey. Ini. Ambil ini.
Tarik nafas. Okey. Bagus.

68
00:07:11,807 --> 00:07:13,141
Kita kena pergi.

69
00:07:19,898 --> 00:07:21,024
Syerif.

70
00:07:34,329 --> 00:07:36,372
Apa awak mahu tahu?

71
00:07:36,373 --> 00:07:38,708
Saya mahu sahkan
dia mati sebab racun tikus.

72
00:07:38,709 --> 00:07:41,252
- Tak boleh.
- Awak perlukan masa lagi?

73
00:07:41,253 --> 00:07:42,838
Tak, maksud saya, dia tak diracun.

74
00:07:43,964 --> 00:07:47,925
Ada ramai mayat malam ini yang mati
disebabkan asap racun tikus.

75
00:07:47,926 --> 00:07:49,594
Paru-paru mereka rosak teruk.

76
00:07:49,595 --> 00:07:51,762
Paru-parunya bersih.

77
00:07:51,763 --> 00:07:53,097
Apa punca kematiannya?

78
00:07:53,098 --> 00:07:55,392
Dia dipukul dengan kuat
di belakang kepala.

79
00:07:55,976 --> 00:07:58,728
Kemungkinan besar oleh rebar.

80
00:07:58,729 --> 00:08:00,813
Ada kesan beralur pada lukanya.

81
00:08:00,814 --> 00:08:03,942
- Bila?
- Kesan darah? Beberapa hari.

82
00:08:07,863 --> 00:08:09,197
Mana awak temui dia?

83
00:08:09,198 --> 00:08:12,783
Seorang daripada pasukan pencari masuk
ke terowong yang ditutup untuk periksa.

84
00:08:12,784 --> 00:08:14,702
Temui dia jauh di dalam.

85
00:08:14,703 --> 00:08:18,749
Mungkin ada sebab dia ke sana
dan siling jatuh?

86
00:08:19,499 --> 00:08:21,876
- Mereka guna rebar…
- Tak. Saya cakap paru-parunya bersih,

87
00:08:21,877 --> 00:08:23,670
maksudnya, dia tak mati dalam lombong.

88
00:08:24,379 --> 00:08:27,381
Orang yang mati di sana,
saya sudah lihat banyak kematian begitu,

89
00:08:27,382 --> 00:08:29,593
selalunya mesti ada habuk dalam paru-paru.

90
00:08:32,596 --> 00:08:34,597
Dia tak sepatutnya ditemui.

91
00:08:39,770 --> 00:08:41,730
Tolong tunjukkan lukanya.

92
00:08:42,940 --> 00:08:44,608
Billings kepada Timbalan Murphy.

93
00:08:45,484 --> 00:08:46,527
<i>Teruskan, syerif.</i>

94
00:08:47,236 --> 00:08:49,780
Kalau jumpa Carla McLain,
suruh dia jumpa saya di Bekalan.

95
00:08:50,364 --> 00:08:51,948
Ini tentang pelatihnya.

96
00:08:51,949 --> 00:08:53,242
<i>Awak dah jumpa dia?</i>

97
00:08:55,035 --> 00:08:56,036
Ya.

98
00:09:02,209 --> 00:09:04,962
Okey. Ini bukan seperti yang saya sangka.

99
00:09:06,380 --> 00:09:08,173
Jelas sekali ini bukan rumah awak.

100
00:09:09,842 --> 00:09:11,260
Apa maksud awak?

101
00:09:12,094 --> 00:09:17,014
Awak memandu Saab yang berusia 30 tahun.
Bukan sebab ironi.

102
00:09:17,015 --> 00:09:18,016
Selain itu…

103
00:09:19,643 --> 00:09:21,854
gaya di sini berbeza.

104
00:09:22,729 --> 00:09:26,817
Saya yang pilih perabot di sini.

105
00:09:31,655 --> 00:09:32,698
Untuk siapa?

106
00:09:35,242 --> 00:09:38,036
Palmer. Bekas kekasih saya.

107
00:09:39,288 --> 00:09:44,125
Palmer tak kisah awak ke sini
sesuka hati awak?

108
00:09:44,126 --> 00:09:45,961
Dia bertugas di Sudan Selatan.

109
00:09:47,254 --> 00:09:48,380
Okey.

110
00:09:49,840 --> 00:09:51,216
- Hei.
- Ya.

111
00:09:52,843 --> 00:09:54,052
Buka kasut awak.

112
00:10:07,816 --> 00:10:09,442
Wah.

113
00:10:09,443 --> 00:10:13,654
Perkara pertama saya buat selepas
hubungan tamat ialah tanam semua bukti.

114
00:10:13,655 --> 00:10:17,659
Dia ada gambar awak yang besar
pada dindingnya.

115
00:10:19,077 --> 00:10:21,329
Ya. Palmer tak begitu.

116
00:10:21,330 --> 00:10:22,580
Maksud awak?

117
00:10:22,581 --> 00:10:23,749
Berfikiran sempit.

118
00:10:25,083 --> 00:10:26,417
Awak suka lelaki begitu?

119
00:10:26,418 --> 00:10:30,421
- Tak berfikiran sempit, menang Pulitzer.
- Ia bukan janji temu.

120
00:10:30,422 --> 00:10:32,424
SYERIF BAHARU

121
00:10:34,218 --> 00:10:35,635
Ada makanan?

122
00:10:35,636 --> 00:10:36,637
Carilah.

123
00:10:37,429 --> 00:10:39,680
Mana awak pergi sebelum ke sini?

124
00:10:39,681 --> 00:10:42,058
Berjalan-jalan,
cuba kosongkan fikiran. Awak?

125
00:10:42,059 --> 00:10:43,392
Pejabat.

126
00:10:43,393 --> 00:10:45,436
Pejabat apa? Awak dah dipecat.

127
00:10:45,437 --> 00:10:47,564
Masih simpan kad saya.
Saya perlukan komputer.

128
00:10:48,357 --> 00:10:52,527
Okey. Saya buat banyak carian
guna alamat Steve.

129
00:10:52,528 --> 00:10:55,029
Nama sebenarnya Steven Price.

130
00:10:55,030 --> 00:10:57,740
Saya sangka akhirnya saya dapat
nombor telefon bimbitnya.

131
00:10:57,741 --> 00:11:00,326
Rakaman cakap nombor itu tak digunakan.

132
00:11:00,327 --> 00:11:01,410
Mungkin bukan nombornya.

133
00:11:01,411 --> 00:11:04,539
Kemudian, saya hubungi nombor
ayah ketua skuadron Charlotte.

134
00:11:04,540 --> 00:11:05,665
- En. Alameda.
- Ya.

135
00:11:05,666 --> 00:11:07,751
Rakaman cakap nombor itu tak digunakan.

136
00:11:09,336 --> 00:11:11,255
Ia boleh dihubungi sebelum ini.

137
00:11:13,423 --> 00:11:15,342
Kita berdepan dengan siapa?

138
00:11:19,721 --> 00:11:21,098
Kena pergi kepada polis?

139
00:11:22,349 --> 00:11:25,686
Rasanya mereka jenis
yang akan pastikan ia tak tersebar.

140
00:11:27,396 --> 00:11:29,147
Ini sudah tamat tempoh dua tahun lepas.

141
00:11:32,025 --> 00:11:33,318
Berhenti.

142
00:11:34,194 --> 00:11:35,195
Ambil.

143
00:11:37,155 --> 00:11:39,491
- Awak ada makanan sejak tadi?
- Apa rancangan seterusnya?

144
00:11:41,201 --> 00:11:42,452
Kita ada rancangan?

145
00:11:43,370 --> 00:11:45,622
Kita tiada arah
tanpa rakaman alat komunikasi itu.

146
00:11:46,248 --> 00:11:50,335
Dia cakap ada orang di Moldova
rakam komunikasi tak disulitkan itu.

147
00:11:52,421 --> 00:11:54,882
Kalau kita boleh tahu siapa orang itu,

148
00:11:55,382 --> 00:11:58,760
mungkin kita boleh dapatkan satu lagi
salinan rakaman itu. Dedahkannya.

149
00:12:00,721 --> 00:12:02,931
Bagaimana mahu cari
orang yang kita tak kenal?

150
00:12:11,064 --> 00:12:13,983
Di tempat Steve ada permainan catur.

151
00:12:13,984 --> 00:12:17,695
Pelik, bukan?
Dia jadi berbeza apabila tiba gilirannya.

152
00:12:17,696 --> 00:12:19,113
Ada sesuatu yang berlaku.

153
00:12:19,114 --> 00:12:23,493
Dia sudah hampir-hampir menang,
tapi dia dedahkan rajanya.

154
00:12:24,161 --> 00:12:25,912
Mungkin dia terleka.

155
00:12:25,913 --> 00:12:27,623
Bagaimana kalau dia tak bermain
untuk menang?

156
00:12:29,082 --> 00:12:31,042
Kalau dia bermain untuk berkomunikasi?

157
00:12:31,043 --> 00:12:32,044
Apa maksud awak?

158
00:12:34,338 --> 00:12:35,339
Okey.

159
00:12:35,923 --> 00:12:39,051
Apabila Snowden bocorkan
dokumen NSA pada 2013,

160
00:12:39,551 --> 00:12:42,637
ada maklumat yang
ejen kerajaan gunakan <i>World of Warcraft</i>

161
00:12:42,638 --> 00:12:44,805
untuk memasuki organisasi pengganas.

162
00:12:44,806 --> 00:12:49,311
Mereka fikir pengganas mungkin
berkomunikasi di permainan dalam talian.

163
00:12:50,312 --> 00:12:51,688
Apa yang dia cuba cakap?

164
00:12:52,606 --> 00:12:57,402
Entahlah. Raja sudah jatuh?

165
00:12:58,111 --> 00:12:59,695
Itu tak penting.

166
00:12:59,696 --> 00:13:01,490
Kalau kita boleh tahu siapa lawannya,

167
00:13:02,115 --> 00:13:03,534
kita mungkin jumpa petunjuk lain.

168
00:13:04,159 --> 00:13:05,619
Bagaimana mahu buat begitu?

169
00:13:06,828 --> 00:13:11,583
Okey, saya cuma nampak
hujung nama penggunanya.

170
00:13:13,544 --> 00:13:18,006
Ada sesuatu…

171
00:13:20,843 --> 00:13:22,261
"<i>bigfoot</i> hidup."

172
00:13:26,223 --> 00:13:27,558
Itu mengarut.

173
00:13:29,059 --> 00:13:31,143
- Bagus. Dah dapat dia.
- Sedikit.

174
00:13:31,144 --> 00:13:32,396
Itu yang saya nampak.

175
00:13:35,023 --> 00:13:36,232
Apa?

176
00:13:36,233 --> 00:13:38,443
Awak pandai menyiasat, Nancy Drew.

177
00:13:40,404 --> 00:13:42,405
Tidak. Jangan panggil saya begitu.

178
00:13:42,406 --> 00:13:45,199
Gelaran awak semasa di sekolah?
Itu menyakitkan hati?

179
00:13:45,200 --> 00:13:46,952
Panggil saya begitu lagi. Awak akan tahu.

180
00:13:48,036 --> 00:13:50,455
Saya akan bunuh awak semasa awak tidur.

181
00:14:20,068 --> 00:14:23,112
Lukas Kyle.

182
00:14:23,113 --> 00:14:24,948
Mereka cakap awak cari saya.

183
00:14:26,200 --> 00:14:29,953
Okey. Awak takkan suka
apa saya mahu cakap.

184
00:14:32,080 --> 00:14:33,123
Apa yang awak mahu cakap?

185
00:14:34,249 --> 00:14:37,377
Awak dan orang luar awak
selalu cakap di luar selamat.

186
00:14:38,462 --> 00:14:41,423
- Sebab ia selamat.
- Ia tak selamat.

187
00:14:42,508 --> 00:14:45,010
Pemandangan yang kamu nampak
pada skrin dalam kafeteria,

188
00:14:45,802 --> 00:14:47,554
itulah keadaan yang sebenar.

189
00:14:55,646 --> 00:14:58,357
Biar betul.

190
00:15:01,527 --> 00:15:03,903
Mereka dah pengaruhi awak.
Sebab itu kita tak jumpa dia.

191
00:15:03,904 --> 00:15:06,405
Dia mungkin tetamu mereka
di rumah besar di tingkat atas.

192
00:15:06,406 --> 00:15:07,615
Saya ada di lombong.

193
00:15:07,616 --> 00:15:10,993
Saya pernah tengok
video membersih itu, lelaki tak guna.

194
00:15:10,994 --> 00:15:12,746
Saya tahu mereka menipu.

195
00:15:13,330 --> 00:15:16,333
Di luar sana indah.

196
00:15:17,167 --> 00:15:19,252
Video itu diletakkan pada helmet

197
00:15:19,253 --> 00:15:23,215
supaya orang yang dihantar ke luar
akan membersih.

198
00:15:29,471 --> 00:15:30,806
Video dalam helmet?

199
00:15:43,360 --> 00:15:44,652
Awak percayakan dia?

200
00:15:44,653 --> 00:15:45,654
Kenapa dia mahu tipu?

201
00:15:46,238 --> 00:15:47,655
"Kenapa dia mahu tipu?"

202
00:15:47,656 --> 00:15:48,991
- Awak…
- Tak guna.

203
00:15:49,616 --> 00:15:50,826
Apa yang awak buat?

204
00:15:51,743 --> 00:15:53,995
Penyerbu mencari seseorang.
Ada ramai di tingkat ini.

205
00:15:53,996 --> 00:15:55,079
Baiklah.

206
00:15:55,080 --> 00:15:58,249
Tak penting sama ada
awak percayakan saya atau tidak.

207
00:15:58,250 --> 00:16:00,376
Mereka selamatkan saya daripada penyerbu.

208
00:16:00,377 --> 00:16:02,753
Mereka mahu saya jumpa awak.
Saya terhutang budi,

209
00:16:02,754 --> 00:16:03,838
- tapi saya kena pergi.
- Jangan!

210
00:16:03,839 --> 00:16:05,590
Bagus.
Kembalilah kepada kawan penting awak.

211
00:16:05,591 --> 00:16:08,134
Hei. Juliette datang cari saya di lombong.

212
00:16:08,135 --> 00:16:09,385
Saya akan cari dia.

213
00:16:09,386 --> 00:16:12,014
- Tepi.
- Awak tak boleh pergi. Tunggu. Berhenti.

214
00:16:12,973 --> 00:16:14,056
Tak guna.

215
00:16:14,057 --> 00:16:16,143
Sekuriti Judicial. Buka.

216
00:16:17,102 --> 00:16:18,687
Sekuriti Judicial. Buka.

217
00:16:19,897 --> 00:16:21,398
Sekuriti Judicial. Buka.

218
00:16:24,776 --> 00:16:26,403
Nampaknya awak tak boleh pergi.

219
00:16:30,532 --> 00:16:32,200
- Sila berundur.
- Kawan saya di sana

220
00:16:32,201 --> 00:16:33,993
sedang nazak. Saya perlu jumpa dia.

221
00:16:33,994 --> 00:16:36,537
Kawasan ini dalam sekatan.
Tiada orang boleh masuk atau keluar.

222
00:16:36,538 --> 00:16:38,164
Kalau awak tak berundur…

223
00:16:38,165 --> 00:16:40,125
- Apa awak akan buat?
- Hei, Shirl.

224
00:16:44,087 --> 00:16:45,255
Kita dah cuba, Shirl.

225
00:16:47,466 --> 00:16:50,301
Bagaimana kalau dia mati?
Kalau kita tak dapat jumpa dia?

226
00:16:50,302 --> 00:16:53,597
Awak takkan jumpa dia
kalau ditangkap sebab serang penyerbu.

227
00:16:55,224 --> 00:16:56,558
Biar saya cakap dengan dia.

228
00:17:03,232 --> 00:17:04,733
Saya tak perkenalkan diri saya.

229
00:17:05,400 --> 00:17:06,401
Saya Knox.

230
00:17:07,069 --> 00:17:08,611
Saya ketua Mekanikal.

231
00:17:08,612 --> 00:17:12,031
Kawan saya dan datuk bandar
dah saling mengenali sejak kecil.

232
00:17:12,574 --> 00:17:16,203
Dia cuma mahu jumpa dan menyapa dia,
kemudian, dia akan keluar.

233
00:17:17,454 --> 00:17:18,789
Ketua Mekanikal?

234
00:17:20,082 --> 00:17:21,541
Awak mengetuai pemberontakan.

235
00:17:22,917 --> 00:17:24,669
- Itu…
- Saya ada di bilik generator.

236
00:17:24,670 --> 00:17:26,296
Saya nampak semua belerang itu.

237
00:17:26,839 --> 00:17:29,799
Saya cakap, daripada bawa awak ke atas,
patut masukkan awak semua

238
00:17:29,800 --> 00:17:31,093
bersama belerang itu.

239
00:17:32,177 --> 00:17:33,512
Kemudian, nyalakan mancis.

240
00:17:34,680 --> 00:17:35,931
Apa pendapat awak?

241
00:17:42,020 --> 00:17:43,021
Saya rasa…

242
00:17:44,481 --> 00:17:46,066
Awak berhak ada pendapat sendiri.

243
00:17:49,236 --> 00:17:50,779
Ini pendapat saya.

244
00:17:57,536 --> 00:17:58,579
Tak guna!

245
00:18:23,061 --> 00:18:26,439
Kita ada masalah.
Datuk Bandar Nichols ada di tingkat ini.

246
00:18:26,440 --> 00:18:28,108
Dia mungkin bersama jururawat.

247
00:18:28,775 --> 00:18:31,153
Semua kamera di Perubatan ditutup.

248
00:18:31,987 --> 00:18:35,156
Awak pergi ke koridor sini.
Awak pula koridor sana.

249
00:18:35,157 --> 00:18:37,618
Ingat, saya mahu kamu buat secara diam.

250
00:18:54,676 --> 00:18:56,594
Bagaimana kita terlepasnya, Rob?

251
00:18:56,595 --> 00:18:58,346
Kita sendiri pilih jururawat itu.

252
00:18:58,347 --> 00:18:59,555
Awak cakap dia setia.

253
00:18:59,556 --> 00:19:02,642
- Sentiasa menurut arahan.
- Betul, sebelum ini.

254
00:19:02,643 --> 00:19:03,726
Sehingga…

255
00:19:03,727 --> 00:19:05,937
Dia mesti dapat rasa sebab awak turun.

256
00:19:05,938 --> 00:19:07,438
Kalau kita tak selesaikannya…

257
00:19:07,439 --> 00:19:09,191
- Kita akan selesaikan.
- Bagaimana?

258
00:19:09,942 --> 00:19:12,318
Saya tahu fail jururawat itu.

259
00:19:12,319 --> 00:19:16,239
Kalau mereka keluar di tingkat ini,
saya tahu tempat dia mungkin bawa Nichols.

260
00:19:16,240 --> 00:19:18,908
- Mana?
- Dia ada keluarga di bawah.

261
00:19:18,909 --> 00:19:20,701
Okey. Hantar penyerbu.

262
00:19:20,702 --> 00:19:23,747
Camille, kita kena uruskannya secara diam.

263
00:19:26,333 --> 00:19:27,584
Saya akan pergi dulu.

264
00:19:28,585 --> 00:19:30,504
Ini perlu berakhir malam ini, Rob.

265
00:19:31,088 --> 00:19:33,882
Saya sendiri akan uruskan dia.

266
00:19:47,604 --> 00:19:49,939
Johnny, kalau jumpa mereka,
jangan laporkan di radio.

267
00:19:49,940 --> 00:19:51,357
Hantar pesanan terus ke pejabat saya.

268
00:19:51,358 --> 00:19:54,735
Kita ada orang di tingkat ini.
Hantar orang ke tingkat atas dan bawah.

269
00:19:54,736 --> 00:19:57,989
Saya mahu semua maklumat berguna
Emerson boleh ingat selepas dia sedar.

270
00:19:57,990 --> 00:20:00,700
Dia masih hidup dan melarikan diri.

271
00:20:00,701 --> 00:20:03,619
- Biar betul.
- Sims dan isterinya mahu dia mati.

272
00:20:03,620 --> 00:20:05,496
Apa? Kenapa?

273
00:20:05,497 --> 00:20:06,748
Tak tahu.

274
00:20:10,335 --> 00:20:11,587
Saya kena ekori Sims.

275
00:20:12,087 --> 00:20:14,589
Hei, awak! Berhenti cakap dengan dia.

276
00:20:14,590 --> 00:20:16,591
Jauhi banduan atau awak akan sertai dia.

277
00:20:16,592 --> 00:20:19,261
Saya cuma beritahu dia
ini kesannya sebab jadi lelaki yang teruk.

278
00:20:28,478 --> 00:20:30,313
Bilik ini dikunci. Awak ada kunci?

279
00:20:30,314 --> 00:20:32,523
Mereka akan nampak kita
sebaik saja kita pergi.

280
00:20:32,524 --> 00:20:34,525
Kita takkan keluar ikut pintu.

281
00:20:34,526 --> 00:20:37,737
Saya membesar di Perubatan
dan sudah lama tahu

282
00:20:37,738 --> 00:20:41,700
ada orang penat pergi sampai ke tangga
untuk turun ke tingkat seterusnya.

283
00:20:45,245 --> 00:20:46,871
Okey, ayuh. Mari pergi.

284
00:20:46,872 --> 00:20:48,497
Hei. Tidak.

285
00:20:48,498 --> 00:20:50,791
Saya penyebab awak kembali ingat semula.

286
00:20:50,792 --> 00:20:53,920
- Saya tak bagi awak ubat yang melupakan.
- Tak. Saya ludahnya keluar.

287
00:20:53,921 --> 00:20:56,380
Okey, sebelum itu pun
dah ada orang minta saya gantinya.

288
00:20:56,381 --> 00:20:58,257
- Siapa?
- Kita tiada masa untuk itu.

289
00:20:58,258 --> 00:21:00,969
Sekarang, pilihan awak
sama ada saya atau penyerbu.

290
00:21:20,072 --> 00:21:21,073
Helo?

291
00:21:30,374 --> 00:21:32,250
Maaf. Saya sangka hanya saya di sini.

292
00:21:32,251 --> 00:21:34,293
Ia peramah. Jangan risau.

293
00:21:34,294 --> 00:21:35,671
Syerif Billings.

294
00:21:36,880 --> 00:21:38,298
Saya tak pernah jumpa syerif.

295
00:21:38,799 --> 00:21:41,259
Jarang syerif datang ke sini,

296
00:21:41,260 --> 00:21:42,761
khususnya semasa tengah malam.

297
00:21:44,096 --> 00:21:46,098
Saya mencari Carla McLain.

298
00:21:46,890 --> 00:21:50,101
McLain? Sudah berbulan-bulan
dia tak ke sini.

299
00:21:50,102 --> 00:21:51,185
Saya menunggu dia.

300
00:21:51,186 --> 00:21:52,311
Baiklah.

301
00:21:52,312 --> 00:21:53,897
- Gembira bertemu awak, Syerif.
- Ya.

302
00:21:56,316 --> 00:21:57,860
- Siapa nama awak?
- Mike.

303
00:21:58,485 --> 00:22:00,237
- Mike apa?
- Davidson.

304
00:22:01,321 --> 00:22:04,490
Kekasih Orla Kent.
Saya dapat nama awak daripada kakaknya.

305
00:22:04,491 --> 00:22:06,243
Ya, sudah tentu.

306
00:22:07,244 --> 00:22:08,829
Sheila. Ya.

307
00:22:10,122 --> 00:22:12,164
Awak sudah jumpa Orla?

308
00:22:12,165 --> 00:22:13,542
Saya harap akan jumpa cepat.

309
00:22:15,002 --> 00:22:18,087
- Bila kali terakhir awak nampak dia?
- Sini, semasa kerja.

310
00:22:18,088 --> 00:22:19,380
Di luar Bekalan Kritikal.

311
00:22:19,381 --> 00:22:20,507
Bagaimana keadaan dia?

312
00:22:21,049 --> 00:22:22,675
- Maksud awak?
- Perasaan dia.

313
00:22:22,676 --> 00:22:24,635
- Apa yang dia bualkan…
- Ya. Tidak.

314
00:22:24,636 --> 00:22:26,554
Dia nampak okey. Ya.

315
00:22:26,555 --> 00:22:29,141
Dia baru balik dari mesyuarat majlis.

316
00:22:29,641 --> 00:22:31,142
Dia mahu balik ke rumah.

317
00:22:31,143 --> 00:22:32,476
- Awak pergi bersamanya?
- Tidak.

318
00:22:32,477 --> 00:22:35,354
Saya terlalu fokus
untuk beri Dandy senaman.

319
00:22:35,355 --> 00:22:36,898
Tempat kami pergi luas mendalam.

320
00:22:36,899 --> 00:22:39,193
Boleh baling bola jauh
dan ia ada ruang berlari.

321
00:22:40,319 --> 00:22:43,487
Kami ucap selamat tinggal
dan saya tak jumpa dia sejak itu.

322
00:22:43,488 --> 00:22:45,199
Awak tak nampak terlalu risau.

323
00:22:48,243 --> 00:22:51,663
Orla lebih berdikari
daripada yang orang dan keluarganya fikir.

324
00:22:52,497 --> 00:22:54,790
Saya pasti ada…

325
00:22:54,791 --> 00:22:57,419
banyak perkara yang dia terbabit
yang saya tak tahu.

326
00:23:02,090 --> 00:23:04,510
- Terima kasih sebab luangkan masa.
- Jumpa lagi.

327
00:23:14,853 --> 00:23:16,480
Mereka dah pergi dari Perubatan.

328
00:23:20,067 --> 00:23:21,944
Ambil ini.

329
00:23:25,447 --> 00:23:28,408
Dengan perintah Judicial,
buka pintu ini cepat!

330
00:23:33,872 --> 00:23:35,207
Buka!

331
00:23:37,084 --> 00:23:39,419
Baiklah. Okey, tarik nafas. Okey?

332
00:23:40,087 --> 00:23:42,840
Saya akan jauhkan mereka daripada awak.

333
00:23:43,715 --> 00:23:45,217
Apabila selamat, pergi ke…

334
00:23:45,801 --> 00:23:48,010
Apabila selamat, pergi ke bilik pam di 76.

335
00:23:48,011 --> 00:23:50,555
- Apa? Okey.
- Okey? Tujuh puluh enam. Bagus.

336
00:23:50,556 --> 00:23:52,391
Sekejap. Hei!

337
00:23:57,145 --> 00:23:59,105
Itu jururawatnya. Tangkap dia.

338
00:23:59,106 --> 00:24:00,189
Hei!

339
00:24:00,190 --> 00:24:02,817
Tidak! Lepaskan!

340
00:24:02,818 --> 00:24:03,901
Mana datuk bandar?

341
00:24:03,902 --> 00:24:06,405
- Dia pengsan di Perubatan.
- Tunjukkan kepada kami.

342
00:24:37,644 --> 00:24:38,645
Daniel?

343
00:24:47,154 --> 00:24:48,488
Dia lari.

344
00:24:49,615 --> 00:24:50,824
Dia larikan diri.

345
00:24:57,331 --> 00:24:58,332
Hei.

346
00:24:58,916 --> 00:25:00,709
- Hei.
- Apa?

347
00:25:01,919 --> 00:25:03,337
Saya sangka awak dah larikan diri.

348
00:25:04,254 --> 00:25:05,255
Awak rindukan saya?

349
00:25:07,674 --> 00:25:08,884
Awak pergi ke mana?

350
00:25:09,885 --> 00:25:10,968
Ya Tuhan.

351
00:25:10,969 --> 00:25:14,180
Ada pasukan Black Ops mengejar kita,

352
00:25:14,181 --> 00:25:15,973
tapi awak fikir tentang donat?

353
00:25:15,974 --> 00:25:17,726
Serta, <i>bear claw</i>.

354
00:25:19,102 --> 00:25:20,103
Awak dungu.

355
00:25:20,938 --> 00:25:22,563
Ada kedai runcit di hujung sana.

356
00:25:22,564 --> 00:25:26,108
Pekedai tak bagi guna telefon kecuali
berbelanja sepuluh dolar, jadi, sarapan.

357
00:25:26,109 --> 00:25:27,818
Saya dah cakap
kita tak boleh hubungi Charlotte.

358
00:25:27,819 --> 00:25:29,195
Saya tak hubungi Charlotte.

359
00:25:29,196 --> 00:25:31,948
Bersiap, kita ada janji temu
dalam sejam lagi.

360
00:25:31,949 --> 00:25:33,200
Apa? Di mana?

361
00:25:35,410 --> 00:25:36,411
Pentagon.

362
00:25:49,132 --> 00:25:50,133
UTILITI
G.W.P. 76

363
00:26:12,990 --> 00:26:14,950
Dengar cakap saya.

364
00:26:18,245 --> 00:26:19,454
Tepi.

365
00:26:20,163 --> 00:26:21,164
Pergi.

366
00:26:23,667 --> 00:26:24,960
Pergi.

367
00:26:26,587 --> 00:26:27,588
Hei!

368
00:26:28,589 --> 00:26:32,092
- Mereka cuba bunuh awak.
- Okey.

369
00:26:33,218 --> 00:26:35,428
Bagaimana dia tahu saya akan ke sana?

370
00:26:35,429 --> 00:26:37,763
Kita kena pergi ke Mekanikal.
Ada tempat untuk awak menyorok.

371
00:26:37,764 --> 00:26:39,932
Saya kena cari Lukas.

372
00:26:39,933 --> 00:26:41,393
Lukas sudah mati.

373
00:26:41,894 --> 00:26:42,895
Tidak, saya…

374
00:26:44,188 --> 00:26:47,399
Saya cakap dengan dia.
Saya nampak dia di lombong. Tidak.

375
00:26:49,610 --> 00:26:51,903
Okey, boleh bawa saya
ke tempat awak bawa dia?

376
00:26:51,904 --> 00:26:53,447
Lohong Penggali dah ditutup.

377
00:26:54,907 --> 00:26:56,950
Okey, boleh bawa saya sejauh mungkin?

378
00:26:59,620 --> 00:27:00,829
Baiklah.

379
00:27:08,629 --> 00:27:10,963
Kenny G sudah datang.

380
00:27:10,964 --> 00:27:13,634
Aduhai. Sam Si Ram.

381
00:27:15,344 --> 00:27:16,427
Awak nampak bergaya.

382
00:27:16,428 --> 00:27:17,762
Ini pembantu saya, Helen.

383
00:27:17,763 --> 00:27:19,263
- Hai, selamat berkenalan.
- Sam Ramsey.

384
00:27:19,264 --> 00:27:21,349
- Mahu pergi bersiar-siar? Ya.
- Ya. Ayuh.

385
00:27:21,350 --> 00:27:22,517
Bagaimana kamu berkenalan?

386
00:27:22,518 --> 00:27:24,769
- Kami bertugas di luar negara.
- Ya, biasa saja.

387
00:27:24,770 --> 00:27:27,063
Kami dalam kugiran.

388
00:27:27,064 --> 00:27:29,316
- Kamu dalam kugiran?
- The Lost Boys.

389
00:27:30,317 --> 00:27:31,734
Tidak.

390
00:27:31,735 --> 00:27:33,611
- Ya, kami menyanyi lagu 80-an.
- Tidak.

391
00:27:33,612 --> 00:27:34,779
Dulu bos awak

392
00:27:34,780 --> 00:27:36,239
main saksofon dengan hebat.

393
00:27:36,240 --> 00:27:38,324
Sebelum kami jadi
pekerja awam yang membosankan.

394
00:27:38,325 --> 00:27:39,951
Setidaknya awak ada di Pentagon.

395
00:27:39,952 --> 00:27:41,744
Saya perlu merayu undi di pusat panggilan.

396
00:27:41,745 --> 00:27:43,579
Sebab itu awak ke sini.

397
00:27:43,580 --> 00:27:46,207
Dia mahu saya godam mesin undi
supaya dia dipilih semula.

398
00:27:46,208 --> 00:27:48,293
Cubaan yang bagus, K.G.

399
00:27:50,879 --> 00:27:52,129
Saya nak minta tolong, Sam.

400
00:27:52,130 --> 00:27:55,008
Ya. Awak mahu jumpa
tentang sekuriti siber.

401
00:27:55,592 --> 00:27:56,885
Saya mahu awak cari seseorang.

402
00:28:01,181 --> 00:28:02,307
Siapa?

403
00:28:03,475 --> 00:28:05,309
Seorang pemain catur dalam talian.

404
00:28:05,310 --> 00:28:07,228
Kami ada nama pengguna seorang pemain,

405
00:28:07,229 --> 00:28:09,522
kami cuma perlu tahu siapa lawannya.

406
00:28:09,523 --> 00:28:12,066
Itu bukan urusan kerajaan yang rasmi.

407
00:28:12,067 --> 00:28:14,235
Adik saya, Charlotte,
juruterbang dalam operasi Iran.

408
00:28:14,236 --> 00:28:16,112
Misinya bermasalah,

409
00:28:16,113 --> 00:28:18,698
tapi dia saja dalam skuadronnya
yang selamat.

410
00:28:18,699 --> 00:28:20,075
- Biar betul.
- Ya.

411
00:28:20,659 --> 00:28:21,742
Dia okey?

412
00:28:21,743 --> 00:28:23,536
Belum tahu lagi. Dia hilang ingatan.

413
00:28:23,537 --> 00:28:26,039
Dia rasa sangsi tentang misi itu.

414
00:28:26,915 --> 00:28:29,458
Kemudian,
kami berjaya jejak rakaman komunikasi.

415
00:28:29,459 --> 00:28:31,879
- Semuanya disulitkan.
- Ia tak disulitkan.

416
00:28:32,796 --> 00:28:34,505
Kami dengarnya. Ia cuma 20 saat,

417
00:28:34,506 --> 00:28:36,675
- tapi, ia antara yang dia risaukan.
- Sekejap.

418
00:28:38,635 --> 00:28:41,555
Apa yang awak dengar, Dan?

419
00:28:46,435 --> 00:28:47,935
- Apa yang awak dengar?
- Pesawat

420
00:28:47,936 --> 00:28:52,024
yang tak lagi dikawal juruterbangnya.

421
00:28:52,983 --> 00:28:56,486
Sekarang, pemberi maklumat kami hilang
bersama rakaman itu.

422
00:28:58,197 --> 00:28:59,989
Awak bukan pembantu dia?

423
00:28:59,990 --> 00:29:02,409
Ada perkara teruk
berlaku dalam misi itu, Sam.

424
00:29:02,910 --> 00:29:05,536
- Kami kena cari rakaman itu.
- Awak fikir sebab kita mainkan

425
00:29:05,537 --> 00:29:08,498
"Don't You Want Me" dan "Rich Girl",
saya akan beri akses rahsia tentera?

426
00:29:10,626 --> 00:29:11,877
Saya pun ada adik, Dan.

427
00:29:12,836 --> 00:29:15,172
Ada isteri dan anak.

428
00:29:16,798 --> 00:29:18,341
Saya juga dah sumpah setia.

429
00:29:18,342 --> 00:29:20,885
Serta tandatangan banyak dokumen rahsia
yang awak takkan percaya.

430
00:29:20,886 --> 00:29:22,303
Tapi, tidak, awak pasti percaya

431
00:29:22,304 --> 00:29:24,013
- sebab awak pun tandatangan.
- Ya.

432
00:29:24,014 --> 00:29:26,641
Saya perlu buat ujian pengesan penipuan

433
00:29:26,642 --> 00:29:28,017
- setiap enam bulan.
- Sam.

434
00:29:28,018 --> 00:29:29,394
- Saya faham.
- Betul?

435
00:29:40,531 --> 00:29:44,076
Kalau itu berlaku kepada adik saya,
saya pun mahu tahu apa berlaku.

436
00:29:45,327 --> 00:29:48,872
Tapi ia takkan berlaku kepadanya
sebab dia ejen insurans.

437
00:29:53,293 --> 00:29:56,672
Kalau awak mahu bermain muzik
seperti dulu,

438
00:29:57,881 --> 00:29:59,049
- hubungi saya.
- Ya.

439
00:29:59,633 --> 00:30:01,927
Baiklah. Saya pergi dulu.

440
00:30:10,394 --> 00:30:12,396
Okey. Sekarang apa?

441
00:30:18,986 --> 00:30:19,987
Apa?

442
00:30:21,071 --> 00:30:23,240
Ya, lelaki itu ada
di pengebumian Alameda.

443
00:30:26,034 --> 00:30:27,995
Dia ada di pejabat saya
pada hari saya dipecat.

444
00:30:29,121 --> 00:30:30,122
Awak pasti?

445
00:30:34,376 --> 00:30:36,253
Helo, Daniel. Helen.

446
00:30:36,962 --> 00:30:38,505
Mari pergi minum kopi.

447
00:30:39,715 --> 00:30:40,716
Saya belanja.

448
00:30:45,345 --> 00:30:47,556
Kamu pasti tak mahu apa-apa?

449
00:30:48,682 --> 00:30:50,057
Helen, mahu apa-apa?

450
00:30:50,058 --> 00:30:51,350
- Tak mahu, terima kasih.
- Okey.

451
00:30:51,351 --> 00:30:54,146
Kami tak perlukan apa-apa. Terima kasih.

452
00:30:56,106 --> 00:30:58,232
- Saya akan berterus-terang.
- Apa berlaku

453
00:30:58,233 --> 00:31:00,276
kepada pemberi maklumat kami di Baltimore?

454
00:31:00,277 --> 00:31:03,155
Dia sudah mati atau sedang diseksa
di suatu tempat?

455
00:31:05,574 --> 00:31:08,910
Steven Price mendapat jawatan
yang dikehendaki ramai

456
00:31:08,911 --> 00:31:12,039
di Radford Group, pusat sekuriti siber.

457
00:31:14,166 --> 00:31:18,419
Awak pula pasti berfikir tentang
ayah Juruterbang Senior Alameda.

458
00:31:18,420 --> 00:31:19,671
Selepas pengebumian anaknya,

459
00:31:20,297 --> 00:31:23,966
dia terima pinjaman lumayan untuk bayar
bengkel pertukangan kayu adiknya

460
00:31:23,967 --> 00:31:26,177
- di Tehachapi, California.
- Sebagai pertukaran apa?

461
00:31:26,178 --> 00:31:27,387
Sebenarnya,

462
00:31:28,096 --> 00:31:32,643
kamu berdua membahayakan
sesuatu yang sangat penting.

463
00:31:34,853 --> 00:31:36,313
Awak tak beritahu nama awak.

464
00:31:37,648 --> 00:31:38,731
Selalunya saya mahu tahu

465
00:31:38,732 --> 00:31:41,484
- siapa yang beri saya masalah, walaupun…
- Saya cuma wakil

466
00:31:41,485 --> 00:31:45,489
orang yang ada kebolehan
menawarkan awak peluang kedua.

467
00:31:47,074 --> 00:31:51,578
Awak pasti pernah mahu bekerja
di <i>Times</i>, bukan?

468
00:31:56,416 --> 00:31:59,001
Saya sudah hubungi editornya.

469
00:31:59,002 --> 00:32:00,920
Dia terbuka untuk berjumpa awak

470
00:32:00,921 --> 00:32:03,924
walaupun reputasi awak
dalam penipuan kewartawanan.

471
00:32:04,675 --> 00:32:10,222
Sayang sekali kalau bakat awak
dibazirkan hanya sebab satu kesilapan.

472
00:32:17,062 --> 00:32:19,605
Pergi mati. Awak buat saya dipecat.

473
00:32:19,606 --> 00:32:22,149
Saya cuma perlu buat satu panggilan.

474
00:32:22,150 --> 00:32:23,151
Fikirkannya.

475
00:32:25,070 --> 00:32:29,575
Hebat. Jadi, apa wang dan hadiah
awak akan tawarkan kepada saya?

476
00:32:30,993 --> 00:32:33,245
Dalam kes awak, Ahli Kongres,
ia bukan tentang awak.

477
00:32:35,497 --> 00:32:38,917
Berani dia ugut
untuk tarik balik penjagaan Charlotte.

478
00:32:40,878 --> 00:32:42,129
Ya, itu teruk.

479
00:32:43,046 --> 00:32:44,756
- Apa?
- Apa?

480
00:32:45,465 --> 00:32:48,302
Awak seperti mahu sambung "tapi".
Ia teruk, tapi…

481
00:32:49,636 --> 00:32:52,430
Dia bukan ugut
untuk tarik balik penjagaan Charlotte.

482
00:32:52,431 --> 00:32:54,140
Dia cuma

483
00:32:54,141 --> 00:32:58,060
cakap yang terapi trauma
yang klinik itu tawarkan mahal

484
00:32:58,061 --> 00:33:00,479
- dan tak ditanggung insurans.
- Maaf, saya…

485
00:33:00,480 --> 00:33:02,774
Itu sama saja bagi saya.

486
00:33:07,404 --> 00:33:10,364
Saya boleh…
Saya Ahli Kongres Amerika Syarikat.

487
00:33:10,365 --> 00:33:11,574
Saya boleh pergi depan kamera.

488
00:33:11,575 --> 00:33:12,658
Beritahu apa kita tahu.

489
00:33:12,659 --> 00:33:13,785
Apa yang kita tahu?

490
00:33:14,828 --> 00:33:17,205
- Misi Charlotte disabotaj.
- Awak boleh buktikan?

491
00:33:17,206 --> 00:33:19,957
Saya boleh sepina rekod
dan rakaman komunikasi.

492
00:33:19,958 --> 00:33:21,835
Daniel, awak takkan jumpa apa-apa.

493
00:33:36,600 --> 00:33:38,018
Awak mahu jawatan di <i>Times</i>.

494
00:33:38,852 --> 00:33:39,853
Apa?

495
00:33:40,521 --> 00:33:42,231
Mungkin awak boleh beritahu tentang

496
00:33:43,357 --> 00:33:45,108
masalah penipuan kewartawanan awak?

497
00:33:47,361 --> 00:33:49,654
Kalau awak lihat lebih daripada
profil LinkedIn saya,

498
00:33:49,655 --> 00:33:51,073
awak pasti sudah tahu.

499
00:33:51,698 --> 00:33:54,868
Sudah tentu saya mahukan jawatan di <i>Times</i>,
lelaki yang berpura-pura.

500
00:33:55,619 --> 00:33:58,037
Saya juga mahu Charlotte
dapatkan penjagaan yang diperlukan.

501
00:33:58,038 --> 00:34:00,123
Dia adik awak, tapi dia sumber saya. Saya…

502
00:34:01,416 --> 00:34:03,960
Apa saya patut buat?
Kembali ke pejabat saya?

503
00:34:03,961 --> 00:34:05,921
- Saya tak tahu.
- Jadi pak turut?

504
00:34:14,221 --> 00:34:18,724
Saya cuma harap walau apa pun awak buat,
boleh jangan menarik perhatian?

505
00:34:18,725 --> 00:34:20,560
- Mereka akan pantau untuk pastikan…
- Aduhai.

506
00:34:20,561 --> 00:34:22,271
…kita faham maksud mereka, Daniel.

507
00:34:28,819 --> 00:34:29,945
Apa awak akan buat?

508
00:34:33,447 --> 00:34:36,159
Palmer tiada seminggu lagi.
Saya akan menyorok di rumahnya.

509
00:34:39,288 --> 00:34:40,664
Saya perlu berfikir, Daniel.

510
00:34:41,581 --> 00:34:42,583
Awak?

511
00:34:45,585 --> 00:34:47,503
Perlukan masa seminggu
untuk siapkan semua kerja saya.

512
00:34:47,504 --> 00:34:50,424
Jadi, saya akan siapkannya.

513
00:35:00,934 --> 00:35:01,935
Ahli Kongres.

514
00:35:23,707 --> 00:35:25,042
Apa?

515
00:35:29,630 --> 00:35:30,714
Saya…

516
00:35:36,011 --> 00:35:37,137
saya…

517
00:35:39,848 --> 00:35:44,352
mereka beri saya banyak pil dan ubat.

518
00:35:44,353 --> 00:35:46,604
Ia mengganggu fikiran saya,

519
00:35:46,605 --> 00:35:49,106
tapi saya dapat rasakan tentang orang.

520
00:35:49,107 --> 00:35:50,609
Seperti dengan Knox.

521
00:35:51,610 --> 00:35:54,780
Saya tak tahu sebabnya,
tapi setiap kali saya jumpa dia, saya…

522
00:35:56,448 --> 00:35:58,158
Kamu tak selalunya sefahaman.

523
00:35:59,034 --> 00:36:01,327
Maksud saya,
dengan awak, saya rasa seperti…

524
00:36:01,328 --> 00:36:03,872
Kalau ada orang buat sesuatu
kepada awak, saya…

525
00:36:06,375 --> 00:36:09,627
Entahlah.
Saya rasa seperti akan bunuh mereka.

526
00:36:09,628 --> 00:36:10,921
Itulah maksud saya.

527
00:36:14,341 --> 00:36:15,592
Itu tak penting. Cuma…

528
00:36:38,866 --> 00:36:41,034
Ossie.

529
00:36:43,829 --> 00:36:45,289
Selamat pagi, Shirley.

530
00:36:45,789 --> 00:36:48,124
- Apa awak buat di situ?
- Saya perlu turun berdua.

531
00:36:48,125 --> 00:36:50,961
- Pasukan kerusi akan sampai nanti.
- Tak boleh tunggu.

532
00:36:51,461 --> 00:36:53,922
Kami tak berat.
Saya percayakan lengan awak.

533
00:36:58,927 --> 00:36:59,928
Datuk bandar.

534
00:37:00,762 --> 00:37:01,763
Ya.

535
00:37:07,519 --> 00:37:09,145
Perkara paling penting,

536
00:37:09,146 --> 00:37:12,982
kalau ada orang turun setengah jam lagi,
walaupun mereka penyerbu,

537
00:37:12,983 --> 00:37:15,986
boleh beritahu mereka
ada masalah peralatan?

538
00:37:16,570 --> 00:37:17,863
Cakap mereka perlu tunggu?

539
00:37:21,575 --> 00:37:24,911
Ya. Kami ada masalah kapi yang tersekat.

540
00:37:24,912 --> 00:37:26,913
- Mungkin ambil masa untuk lepaskan.
- Okey. Mari pergi.

541
00:37:26,914 --> 00:37:27,998
Bagus.

542
00:37:40,886 --> 00:37:43,055
Mana awak pergi? Awak pergi semalaman.

543
00:37:43,722 --> 00:37:45,264
Saya mengekori Nichols.

544
00:37:45,265 --> 00:37:47,975
Dia dan seorang perempuan lain
turun ke dalam jurang.

545
00:37:47,976 --> 00:37:50,811
- Siapa perempuan itu?
- Rasanya kawan dia. Shirley?

546
00:37:50,812 --> 00:37:52,648
- Tak guna.
- Apa?

547
00:37:53,649 --> 00:37:55,942
- Apa?
- Kenapa buat muka begitu?

548
00:37:55,943 --> 00:37:58,402
Tiada apa-apa.
Saya tahu Juliette mahu ke mana.

549
00:37:58,403 --> 00:38:00,071
- Mekanikal?
- Tak, lebih dalam daripada itu.

550
00:38:00,072 --> 00:38:01,822
- Saya kena…
- Keadaan kita tetap sama.

551
00:38:01,823 --> 00:38:05,118
Sebenarnya, semua keadaan dah berubah
kepada semua orang.

552
00:38:05,786 --> 00:38:07,745
- Saya perlu halang dia. Pergi…
- Tak boleh.

553
00:38:07,746 --> 00:38:09,205
Ini lagi?

554
00:38:09,206 --> 00:38:12,334
Okey. Awak mahu tahu kebenaran?

555
00:38:12,835 --> 00:38:15,378
- Mari tanya Juliette.
- Dia tak tahu apa-apa.

556
00:38:15,379 --> 00:38:17,965
Mereka beri dia ubat pelupa.
Dia tak kenal kami.

557
00:38:18,465 --> 00:38:19,674
Mungkin sekarang dia tahu.

558
00:38:19,675 --> 00:38:22,052
Dia kenal saya
semasa nampak saya di lombong.

559
00:38:27,599 --> 00:38:28,600
Okey.

560
00:38:29,101 --> 00:38:30,352
Okey?

561
00:38:30,936 --> 00:38:32,187
Bagaimana mahu ke sana?

562
00:38:33,021 --> 00:38:35,983
Dia ada cara, tapi awak takkan suka.

563
00:38:36,692 --> 00:38:38,360
Jangan pedulikan dia. Awak pasti suka.

564
00:38:44,199 --> 00:38:46,034
Hei. Keluarkan ini dari sini.

565
00:38:51,206 --> 00:38:53,333
Apa awak buat di pejabat saya?

566
00:38:55,210 --> 00:38:56,711
PELATIH KETUA BEKALAN

567
00:38:56,712 --> 00:38:58,838
Maaf. Saya tak nampak lencana awak.

568
00:38:58,839 --> 00:38:59,840
Ini pejabat awak?

569
00:39:00,674 --> 00:39:02,300
- Sejak…
- Sejak pelatih semasa

570
00:39:02,301 --> 00:39:03,927
tak datang selama dua hari.

571
00:39:04,511 --> 00:39:05,971
Kami tak jumpa McLain.

572
00:39:07,139 --> 00:39:08,557
Perlu ada orang uruskan tempat ini.

573
00:39:09,474 --> 00:39:11,018
Awak orang itu?

574
00:39:12,811 --> 00:39:14,645
Saya bekas pelatih McLain,

575
00:39:14,646 --> 00:39:17,482
jadi, saya lebih layak
berbanding orang lain.

576
00:39:18,066 --> 00:39:21,904
Tak seperti pelatih semasa,
saya tak pernah ponteng hari bekerja.

577
00:39:22,863 --> 00:39:24,656
Awak tak suka Orla Kent?

578
00:39:25,157 --> 00:39:26,449
Tidak. Dia ambil jawatan saya.

579
00:39:26,450 --> 00:39:28,159
Nama awak Glenda?

580
00:39:28,160 --> 00:39:29,243
Ya.

581
00:39:29,244 --> 00:39:30,621
Dia juga ambil kekasih awak?

582
00:39:34,833 --> 00:39:39,545
Mike Davidson bukan kekasih Orla
seperti awak bukan kekasih saya, Syerif,

583
00:39:39,546 --> 00:39:41,756
tapi Mike suka fikir
semua orang cintakan dia.

584
00:39:41,757 --> 00:39:46,011
Kadangkala sebab dia teruk,
dia akan cuba buktikannya.

585
00:39:47,596 --> 00:39:51,141
Jadi, dia tak rampas Mike,
tapi, dia rampas jawatan awak?

586
00:39:53,143 --> 00:39:54,561
Saya tak patut berkecil hati.

587
00:39:55,062 --> 00:39:57,606
Sebenarnya,
kehilangan jawatan pelatih, saya…

588
00:39:59,608 --> 00:40:00,817
Saya agak lega.

589
00:40:04,696 --> 00:40:05,739
Sebab?

590
00:40:06,323 --> 00:40:07,574
Sebab

591
00:40:08,659 --> 00:40:11,036
mungkin ia beri saya peluang
untuk balik ke rumah sekejap.

592
00:40:12,663 --> 00:40:15,165
Di tingkat 70. Di lombong.

593
00:40:15,958 --> 00:40:17,416
Ed Harwood ialah…

594
00:40:17,417 --> 00:40:18,418
Ayah saya.

595
00:40:19,795 --> 00:40:21,630
Legenda itu.

596
00:40:24,883 --> 00:40:26,677
Ada orang yang bermasalah?

597
00:40:30,055 --> 00:40:32,140
Bila kali terakhir awak nampak Orla Kent?

598
00:40:39,022 --> 00:40:40,315
Sekejap.

599
00:40:42,192 --> 00:40:43,568
Saya tahu tempat ini.

600
00:40:43,569 --> 00:40:45,112
Dulu awak selalu turun ke sini.

601
00:40:45,612 --> 00:40:46,989
Awak ada kekasih.

602
00:40:55,163 --> 00:40:56,206
George…

603
00:40:58,208 --> 00:40:59,793
- Betul?
- Ya.

604
00:41:01,670 --> 00:41:03,422
Dulu awak turun ke Lohong.

605
00:41:04,298 --> 00:41:06,383
Awak tak beritahu saya tentang dia,
tapi saya tahu.

606
00:41:11,096 --> 00:41:13,765
Saya dah cakap. Maaf.

607
00:41:15,350 --> 00:41:16,601
Apa yang awak buat?

608
00:41:16,602 --> 00:41:18,394
AKSES DITUTUP

609
00:41:18,395 --> 00:41:20,022
- Apa, Jules?
- Sekejap.

610
00:41:26,862 --> 00:41:28,780
Hei. Boleh buka lampu?

611
00:41:33,702 --> 00:41:34,703
Mari lihat ini.

612
00:41:36,371 --> 00:41:38,332
- Sini.
- Apa?

613
00:41:39,166 --> 00:41:40,167
Sini.

614
00:41:41,210 --> 00:41:42,211
Ya?

615
00:41:45,756 --> 00:41:48,717
Mesti ada selak atau…

616
00:41:50,135 --> 00:41:51,427
Cara untuk bukanya.

617
00:41:51,428 --> 00:41:52,679
Apa ini? Kejap.

618
00:41:59,561 --> 00:42:00,854
Sekejap.

619
00:42:01,980 --> 00:42:03,190
Hei.

620
00:42:09,238 --> 00:42:10,905
Walker cakap dia dah tutup.

621
00:42:10,906 --> 00:42:12,032
Jelas sekali tidak.

622
00:42:13,367 --> 00:42:14,825
Saya akan tengok siapa itu.

623
00:42:14,826 --> 00:42:15,827
Ambil ini.

624
00:42:16,328 --> 00:42:17,454
Tutup pintu!

625
00:43:31,653 --> 00:43:33,362
{\an8}WARTAWAN WASHINGTON POST DIPECAT

626
00:43:33,363 --> 00:43:35,199
{\an8}SELEPAS MENGAKU SUMBER REKAAN

627
00:43:52,841 --> 00:43:53,926
Helo?

628
00:43:55,010 --> 00:43:56,220
<i>Siapa ini?</i>

629
00:43:56,887 --> 00:44:00,264
Hai, saya Ahli Kongres Daniel Keene.

630
00:44:00,265 --> 00:44:01,516
Saya bercakap

631
00:44:01,517 --> 00:44:03,769
- dengan siapa?
- <i>K.G., ini saya.</i>

632
00:44:09,399 --> 00:44:10,400
Sam?

633
00:44:11,985 --> 00:44:14,028
- Bagaimana…
- <i>Saya guna telefon pakai buang</i>

634
00:44:14,029 --> 00:44:15,154
<i>supaya tak boleh dijejak.</i>

635
00:44:15,155 --> 00:44:17,907
Saya kena cepat, jadi dengar.

636
00:44:17,908 --> 00:44:21,286
<i>Saya rasa terganggu dengan apa awak cakap
tentang misi adik awak.</i>

637
00:44:21,912 --> 00:44:23,664
<i>Saya fikirkannya sepanjang minggu,</i>

638
00:44:24,289 --> 00:44:25,749
<i>jadi saya mula periksa.</i>

639
00:44:26,834 --> 00:44:28,961
Ia buat saya menyiasat
dengan sangat mendalam.

640
00:44:29,461 --> 00:44:31,588
<i>Saya jumpa sesuatu
yang awak takkan percaya.</i>

641
00:44:52,943 --> 00:44:54,278
Helen, awak ada?

642
00:44:58,699 --> 00:45:00,241
Daniel, apa awak buat di sini?

643
00:45:00,242 --> 00:45:02,618
- Sam telefon. Dia ada menyiasat.
- Saya sangka dia…

644
00:45:02,619 --> 00:45:05,455
- Saya sangka dia tak mahu bantu.
- Dia temui sesuatu.

645
00:45:08,000 --> 00:45:10,752
Saya tahu awak cakap
awak mahu berhenti, tapi…

646
00:45:13,422 --> 00:45:18,427
Saya tak tahu nak buat sendirian.

647
00:45:22,806 --> 00:45:24,932
- Ini van kita.
- Sejak bila awak pandu van mini?

648
00:45:24,933 --> 00:45:27,644
Saya sewa daripada orang
yang letak iklan di tiang lampu.

649
00:45:28,228 --> 00:45:30,396
Ini yang paling tak menarik perhatian.

650
00:45:30,397 --> 00:45:32,106
- Dia terima wang tunai.
- Terima kasih.

651
00:45:32,107 --> 00:45:33,567
Ia mungkin dicuri.

652
00:46:26,578 --> 00:46:27,579
Helo?

653
00:46:39,216 --> 00:46:41,009
Helo, Juliette.

654
00:47:31,685 --> 00:47:33,687
Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman

