1
00:00:12,804 --> 00:00:13,805
Ini vitamin awak.

2
00:00:19,311 --> 00:00:23,272
- Apa makanan tengah malam awak?
- Sup.

3
00:00:23,273 --> 00:00:24,525
Awak selalu dapat sup.

4
00:00:30,030 --> 00:00:32,114
- Datuk Bandar. Hei.
- Hei, Tony.

5
00:00:32,115 --> 00:00:33,866
- Sup apa malam ini?
- Cendawan.

6
00:00:33,867 --> 00:00:36,369
- Cendawan? Saya suka cendawan?
- Ada orang tak suka cendawan?

7
00:00:36,370 --> 00:00:38,079
Saya akan ambil dulang nanti.

8
00:00:38,080 --> 00:00:39,581
Okey. Terima kasih, Tony.

9
00:00:42,793 --> 00:00:44,293
Awak dah selalu dengar,

10
00:00:44,294 --> 00:00:46,671
- tapi awak tahu saya akan cakap.
- Tak. Saya tahu. Cakaplah.

11
00:00:46,672 --> 00:00:48,422
Ingat, keadaan di Silo aman

12
00:00:48,423 --> 00:00:49,924
- sebab awak.
- Sebab saya.

13
00:00:49,925 --> 00:00:51,301
Sebab awak kembali.

14
00:00:52,094 --> 00:00:54,262
- Ya.
- Jumpa pagi nanti.

15
00:00:54,263 --> 00:00:55,305
Jumpa lagi.

16
00:01:00,853 --> 00:01:01,854
Selamat malam.

17
00:02:32,611 --> 00:02:33,737
Itu pun awak.

18
00:02:34,696 --> 00:02:35,739
Lena tidur semalam?

19
00:02:37,199 --> 00:02:38,282
- Lena.
- Betul?

20
00:02:38,283 --> 00:02:39,409
- Ya.
- Bagus.

21
00:02:40,536 --> 00:02:44,372
Kita perlu semak beberapa perkara
untuk mesyuarat Majlis esok.

22
00:02:44,373 --> 00:02:45,958
- Okey.
- Sangat mengujakan.

23
00:02:46,583 --> 00:02:49,378
Kita boleh semak selepas
lawatan mingguan awak di kafeteria.

24
00:02:51,588 --> 00:02:54,006
Saya tahu awak tak suka buat kemunculan,

25
00:02:54,007 --> 00:02:55,926
tapi penduduk perlu jumpa awak.

26
00:02:56,635 --> 00:02:59,137
Ya. Penduduk perlu jumpa saya.

27
00:03:00,055 --> 00:03:04,268
Datuk Bandar! Datuk Bandar Nichols!

28
00:03:30,002 --> 00:03:31,795
Itu pun dia! Juliette!

29
00:03:38,802 --> 00:03:40,762
Jangan risau tentang mereka. Awak okey.

30
00:03:51,315 --> 00:03:53,065
Saya ada sesuatu yang kamu mungkin suka.

31
00:03:53,066 --> 00:03:54,359
JABATAN SYERIF

32
00:03:55,110 --> 00:03:56,361
Boleh saya lihat?

33
00:03:56,945 --> 00:03:58,779
Maksud awak, boleh awak sentuh?

34
00:03:58,780 --> 00:04:00,114
Tidak.

35
00:04:00,115 --> 00:04:01,240
Berapa harganya?

36
00:04:01,241 --> 00:04:04,077
Saya fikir mahu buat pertukaran.

37
00:04:09,166 --> 00:04:10,584
- Apa itu?
- Mainan.

38
00:04:11,168 --> 00:04:13,628
Kami fikir ini mungkin mainan dia
atau adiknya.

39
00:04:13,629 --> 00:04:16,298
Saya kenal seseorang yang dapatkan
dari rumah ayahnya.

40
00:04:37,402 --> 00:04:38,570
Saya mahu pergi.

41
00:04:40,155 --> 00:04:42,241
- Saya mahu pergi.
- Okey.

42
00:06:34,853 --> 00:06:36,313
BERDASARKAN SIRI BUKU SILO OLEH HUGH HOWEY

43
00:07:51,430 --> 00:07:54,933
<i>Pintu dibuka.
Beri laluan untuk penumpang keluar.</i>

44
00:07:55,684 --> 00:07:58,228
<i>Sila pergi ke tengah gerabak semasa naik.</i>

45
00:08:15,037 --> 00:08:17,080
<i>Sila berundur. Pintu ditutup.</i>

46
00:08:34,347 --> 00:08:35,349
<i>Helo?</i>

47
00:08:35,849 --> 00:08:37,141
Awak En. Jones?

48
00:08:37,142 --> 00:08:39,851
- <i>Ya?</i>
- Saya Ahli Kongres Daniel Keene.

49
00:08:39,852 --> 00:08:41,144
Apa khabar?

50
00:08:41,145 --> 00:08:42,772
<i>Begini, Ahli Kongres.</i>

51
00:08:42,773 --> 00:08:46,776
<i>Kalau awak tak telefon saya lagi,
awak akan dapat undian saya.</i>

52
00:08:46,777 --> 00:08:47,778
<i>Kalau awak telefon lagi,</i>

53
00:08:48,362 --> 00:08:50,822
<i>saya akan undi sesiapa saja
yang melawan awak.</i>

54
00:08:51,573 --> 00:08:52,658
Baiklah.

55
00:08:54,868 --> 00:08:56,161
JANGAN TELEFON

56
00:09:09,299 --> 00:09:10,300
Hai.

57
00:09:11,510 --> 00:09:12,803
Awak buat seperti saya cakap?

58
00:09:13,554 --> 00:09:14,637
Apa yang awak cakap?

59
00:09:14,638 --> 00:09:17,723
Kalau awak tak ikut seperti saya cakap,
saya akan tumbuk leher awak.

60
00:09:17,724 --> 00:09:19,977
Saya tak mahu ditumbuk.

61
00:09:20,561 --> 00:09:23,730
Saya naik dua kereta api,
dua teksi, berpatah balik…

62
00:09:25,107 --> 00:09:26,275
Ini teh manis awak.

63
00:09:27,234 --> 00:09:29,862
- Banyak ais.
- Ya, orang di sini panggilnya teh ais.

64
00:09:30,696 --> 00:09:33,240
Saya bukan dari sini. Awak pun sama.

65
00:09:38,579 --> 00:09:40,080
Apa yang berlaku, Charles?

66
00:09:41,248 --> 00:09:43,416
Awak tak bekerja, tapi bukan bercuti.

67
00:09:43,417 --> 00:09:45,042
Awak patut pakai uniform, bukan?

68
00:09:45,043 --> 00:09:47,171
Awak patut mengampu di telefon
untuk dana, bukan?

69
00:09:51,300 --> 00:09:54,260
Awak terlalu lama dalam Tentera Laut.
Kalau mak dan ayah masih hidup…

70
00:09:54,261 --> 00:09:56,012
Mereka pasti mencakar dengan cemas…

71
00:09:56,013 --> 00:09:57,598
…untuk keluar dari keranda.

72
00:10:02,728 --> 00:10:04,188
Kenapa awak fikir itu janji temu?

73
00:10:05,814 --> 00:10:08,525
- Apa?
- Wartawan itu.

74
00:10:09,401 --> 00:10:10,611
Helen Drew.

75
00:10:11,278 --> 00:10:13,280
- Bagaimana awak…
- Dia cakap awak bagi dia Pez.

76
00:10:14,865 --> 00:10:16,742
- Saya fikir ia kelakar.
- Ia kelakar?

77
00:10:18,702 --> 00:10:22,456
Dia cakap awak masukkan
topik New Orleans dalam perbualan.

78
00:10:23,123 --> 00:10:24,208
Licik.

79
00:10:25,626 --> 00:10:28,544
Dia memandang rendah Kor.
Saya fikir perlu ubah pendapatnya.

80
00:10:28,545 --> 00:10:31,047
New Orleans penting.
Peranan saya di sana besar.

81
00:10:31,048 --> 00:10:32,590
Kami buat perkara
yang tak pernah difikirkan…

82
00:10:32,591 --> 00:10:34,759
Betul. Saya lupa. Awak pencipta gerudi.

83
00:10:34,760 --> 00:10:36,220
Bagaimana awak tahu perbualan kami?

84
00:10:38,263 --> 00:10:39,805
Dia sedang menulis artikel.

85
00:10:39,806 --> 00:10:43,267
Saya tak boleh bantu dia.
Saya suruh dia berbual dengan awak.

86
00:10:43,268 --> 00:10:45,521
Saya cakap mungkin awak
bukan tak berguna langsung.

87
00:10:46,563 --> 00:10:48,941
Kalau awak sertai
Jawatankuasa Iran Thurman.

88
00:10:52,069 --> 00:10:53,319
Semua orang mahu sertainya.

89
00:10:53,320 --> 00:10:55,154
- Dia tak terhutang budi dengan awak?
- Untuk apa?

90
00:10:55,155 --> 00:10:56,822
Awak memuji dia.

91
00:10:56,823 --> 00:10:58,574
Saya bertanding untuk kongres.
Dia senator.

92
00:10:58,575 --> 00:11:00,660
Kami berdua mewakili penduduk Georgia.

93
00:11:00,661 --> 00:11:02,203
Sudah tentu saya memuji dia.

94
00:11:02,204 --> 00:11:04,163
Saya pasti terkejut
kalau dia tahu nama saya.

95
00:11:04,164 --> 00:11:05,707
Kenapa pula dia tak tahu?

96
00:11:06,708 --> 00:11:09,502
Amerika ada sistem dipanggil sistem parti.

97
00:11:09,503 --> 00:11:10,711
Parti kami berbeza.

98
00:11:10,712 --> 00:11:12,923
Awak kena cuba masuk jawatankuasa itu.

99
00:11:14,508 --> 00:11:15,634
Apa yang berlaku?

100
00:11:16,468 --> 00:11:19,303
Awak ditugaskan
dengan apa yang kami rancang?

101
00:11:19,304 --> 00:11:22,515
Kalau betul pun,
saya takkan beritahu awak, orang awam.

102
00:11:22,516 --> 00:11:24,225
Saya bekas tentera.

103
00:11:24,226 --> 00:11:25,351
Awak bekas jurutera.

104
00:11:25,352 --> 00:11:26,727
Sekarang saya ahli kongres.

105
00:11:26,728 --> 00:11:30,023
Saya patut tahu
kalau adik saya akan bom Iran.

106
00:11:32,359 --> 00:11:33,652
Saya pergi dulu.

107
00:11:36,154 --> 00:11:39,824
Saya datang dari jauh
hanya untuk kita berbual selama dua minit?

108
00:11:39,825 --> 00:11:41,617
Maaf. Saya tak boleh ambil risiko

109
00:11:41,618 --> 00:11:43,619
- berbual di telefon.
- Beritahu saya apa yang berlaku.

110
00:11:43,620 --> 00:11:45,496
Saya sudah beritahu.

111
00:11:45,497 --> 00:11:48,876
Sertai jawatankuasa itu dan beritahu
wartawan itu apa yang boleh diberitahu.

112
00:11:55,174 --> 00:11:56,383
Awak terlupa sesuatu.

113
00:12:15,360 --> 00:12:18,029
Selepas semua yang saya buat, korbankan,

114
00:12:18,030 --> 00:12:20,448
hanya untuk tahu ia tak penting.

115
00:12:20,449 --> 00:12:21,657
Mungkin tidak.

116
00:12:21,658 --> 00:12:23,035
Apa maksud awak?

117
00:12:36,673 --> 00:12:38,257
- Hei.
- Hai.

118
00:12:38,258 --> 00:12:39,843
- Apa berlaku?
- Saya…

119
00:12:40,969 --> 00:12:43,304
Saya bermimpi.

120
00:12:43,305 --> 00:12:45,516
- Entahlah. Ya. Saya…
- Mimpi?

121
00:12:46,391 --> 00:12:48,018
Saya di luar sendat udara…

122
00:12:49,353 --> 00:12:50,646
bersama Bernard dan kami…

123
00:12:52,356 --> 00:12:54,106
Kami di luar sendat udara dan…

124
00:12:54,107 --> 00:12:55,900
- Juliette.
- Entahlah. Saya…

125
00:12:55,901 --> 00:12:58,237
- Hei.
- Tidak. Ada sesuatu…

126
00:13:00,656 --> 00:13:02,156
Ada sesuatu saya perlu buat.

127
00:13:02,157 --> 00:13:03,574
- Saya perlu buat sesuatu.
- Apa?

128
00:13:03,575 --> 00:13:05,827
Entahlah. Saya perlu…
Saya tak boleh. Saya…

129
00:13:06,703 --> 00:13:08,789
Saya tak tahu, tapi dia ada di sana.

130
00:13:10,749 --> 00:13:11,917
Okey, berhenti.

131
00:13:13,168 --> 00:13:14,419
Mari buat latihan itu.

132
00:13:14,920 --> 00:13:16,420
Kalau saya boleh cakap dengan Bernard.

133
00:13:16,421 --> 00:13:18,756
- Tak boleh.
- Saya tahu.

134
00:13:18,757 --> 00:13:20,216
- Pandang saya.
- Okey.

135
00:13:20,217 --> 00:13:22,094
Ikut pernafasan saya. Perlahan-lahan.

136
00:13:22,719 --> 00:13:24,554
Tarik nafas selama tiga saat. Tahan.

137
00:13:24,555 --> 00:13:26,347
Hembus.

138
00:13:26,348 --> 00:13:28,225
Bagus. Sekali lagi.

139
00:13:29,059 --> 00:13:30,644
Tarik nafas selama tiga saat.

140
00:13:32,521 --> 00:13:34,523
<i>Teruskan bernafas. Bagus.</i>

141
00:13:35,065 --> 00:13:36,608
<i>Bagus. Sekali lagi.</i>

142
00:13:37,860 --> 00:13:41,697
<i>Bagus. Sekarang awak okey.
Teruskan bernafas.</i>

143
00:13:58,797 --> 00:14:00,632
Awak di sana selama tiga minit.

144
00:14:02,634 --> 00:14:05,888
Tiga minit dalam ruang terbakar
sebelum pintu itu terbuka

145
00:14:06,471 --> 00:14:08,348
dan kawan-kawan awak dapat keluarkan awak.

146
00:14:10,309 --> 00:14:13,395
Semua oksigen hilang dalam 30 saat.

147
00:14:15,439 --> 00:14:18,442
Sut awak bukan sut pembersih yang biasa.

148
00:14:19,151 --> 00:14:20,736
Ia berpenebat.

149
00:14:21,361 --> 00:14:22,529
Ia lindung awak.

150
00:14:25,824 --> 00:14:27,701
Bernard tak bernasib baik.

151
00:14:28,619 --> 00:14:32,748
<i>Sutnya berlubang sebab kebakaran itu
dan racun memasukinya.</i>

152
00:14:34,291 --> 00:14:36,751
<i>Kami tak boleh ambil risiko
dengan adakan pengebumian di ladang.</i>

153
00:14:36,752 --> 00:14:38,753
<i>Tangga itu dikosongkan.</i>

154
00:14:38,754 --> 00:14:41,507
<i>Tiada orang
dibenarkan masuk ke syaf utama.</i>

155
00:14:42,966 --> 00:14:47,846
<i>Enam porter ambil masa enam jam
untuk bawa dia turun ke pembakar.</i>

156
00:15:03,362 --> 00:15:04,947
Bernard tak boleh bantu awak.

157
00:15:08,450 --> 00:15:10,327
Sebab saya nampak dia terbakar.

158
00:15:17,084 --> 00:15:19,920
Isteri saya cakap
awak ingat sesuatu tentang dia.

159
00:15:21,129 --> 00:15:24,174
Ada sesuatu awak perlu buat.

160
00:15:26,009 --> 00:15:27,970
Tidak, saya tak boleh ingat.

161
00:15:28,720 --> 00:15:31,682
Saya harap
lebih banyak memori awak yang kembali.

162
00:15:33,016 --> 00:15:34,351
Betul.

163
00:15:39,064 --> 00:15:44,652
Khususnya sebab awak jadikan
isteri dan anak saya tawanan

164
00:15:44,653 --> 00:15:45,863
dengan senjata api.

165
00:15:53,412 --> 00:15:54,496
Siapa awak?

166
00:15:57,833 --> 00:16:00,836
Siapa awak?

167
00:16:03,922 --> 00:16:05,507
Saya Robert Sims.

168
00:16:07,217 --> 00:16:10,428
- Saya Hakim Silo…
- Tidak. Saya tahu.

169
00:16:10,429 --> 00:16:11,555
Awak sudah beritahu saya.

170
00:16:12,264 --> 00:16:13,599
Saya tak kenal awak.

171
00:16:14,433 --> 00:16:17,936
Saya tak kenal awak
atau sesiapa pun, bukan?

172
00:16:18,979 --> 00:16:22,482
Saya pandang diri saya dalam cermin,
saya tak kenal orang yang memandang saya.

173
00:16:22,983 --> 00:16:23,984
Selain itu…

174
00:16:25,485 --> 00:16:29,323
Saya fikir, mungkin saya ingat sesuatu.

175
00:16:30,282 --> 00:16:31,617
Tapi ia sudah hilang.

176
00:16:32,951 --> 00:16:35,704
Awak mahu beritahu saya itu mimpi?

177
00:16:37,456 --> 00:16:38,999
Entahlah.

178
00:16:51,845 --> 00:16:53,764
Okey, buka fail sebelum ini.

179
00:16:55,265 --> 00:16:56,391
Ya, itu.

180
00:16:57,017 --> 00:16:58,726
Saya mahu semua itu dipadamkan.

181
00:16:58,727 --> 00:16:59,978
Okey.

182
00:17:04,983 --> 00:17:06,151
Apa awak beritahu dia?

183
00:17:07,444 --> 00:17:09,363
Bernard mati sebab racun itu.

184
00:17:43,772 --> 00:17:44,856
Terima kasih.

185
00:17:44,857 --> 00:17:48,192
Itu pun wira New Orleans.

186
00:17:48,193 --> 00:17:50,152
Wira New Orleans.

187
00:17:50,153 --> 00:17:52,572
Ada 500 jurutera tentera dalam projek itu.

188
00:17:52,573 --> 00:17:54,657
Ahli Kongres Keene yang penting, bukan?

189
00:17:54,658 --> 00:17:58,369
Awak fikirkan idea
menukar tetambak dengan terowong.

190
00:17:58,370 --> 00:18:03,876
Cipta gerudi yang tak mengganggu
permukaan di atas tanah, betul?

191
00:18:04,543 --> 00:18:06,752
Awak baca risalah kempen saya.

192
00:18:06,753 --> 00:18:08,087
Kempen awak dikarang dengan baik.

193
00:18:08,088 --> 00:18:10,506
Anna yang pandai mengarang
dalam keluarga kami.

194
00:18:10,507 --> 00:18:13,384
Bukan siaran akhbar.
Saya tulis rang undang-undang.

195
00:18:13,385 --> 00:18:15,178
Dia menyuntingnya.

196
00:18:15,179 --> 00:18:17,972
Kalau mereka terima tulisan krayon,
dia dah tak perlukan saya.

197
00:18:17,973 --> 00:18:19,808
Apa saya boleh bantu awak, Ahli Kongres?

198
00:18:21,018 --> 00:18:24,604
Akan ada penentangan terhadap Iran?

199
00:18:24,605 --> 00:18:27,815
Mereka letupkan bom kotor
di ibu negara kita,

200
00:18:27,816 --> 00:18:29,568
sudah tentu kita akan membalas.

201
00:18:30,319 --> 00:18:32,279
Saya mahu sertai Jawatankuasa Iran.

202
00:18:33,155 --> 00:18:35,406
Ia ada senarai menunggu yang panjang.

203
00:18:35,407 --> 00:18:37,074
Saya mahu memotong barisan.

204
00:18:37,075 --> 00:18:39,119
Baiklah, berikan penerangan ringkas awak.

205
00:18:45,250 --> 00:18:49,587
Adik saya, Charlotte Keene,
ialah juruterbang tentera laut di <i>Nimitz</i>.

206
00:18:49,588 --> 00:18:52,340
Semua misi tindak balas
akan beroperasi dari kapal induk.

207
00:18:52,341 --> 00:18:54,050
<i>Nimitz</i> baru saja diubah suai.

208
00:18:54,051 --> 00:18:55,801
Charlotte menerbangkan pesawat F-35.

209
00:18:55,802 --> 00:18:57,721
Skuadron dia sudah jalankan
beberapa misi di medan.

210
00:18:58,889 --> 00:19:00,224
Itu penerangan yang bagus.

211
00:19:00,807 --> 00:19:02,392
Saya akan cuba masukkan awak.

212
00:19:03,435 --> 00:19:06,812
Slogan kempen terakhir awak ialah Yoda.

213
00:19:06,813 --> 00:19:08,731
"Jangan cuba. Buat."

214
00:19:08,732 --> 00:19:11,317
Mungkin awak patut
kurang mendesak, Ahli Kongres.

215
00:19:11,318 --> 00:19:13,945
Betul, tapi Charlotte saja
ahli keluarga saya.

216
00:19:13,946 --> 00:19:16,447
Saya mahu tahu rancangan kita
dan sebab kita buat begitu.

217
00:19:16,448 --> 00:19:18,158
Saya akan cuba yang terbaik.

218
00:19:20,202 --> 00:19:21,370
Anna.

219
00:19:32,840 --> 00:19:33,841
Saya gagal, bukan?

220
00:19:34,466 --> 00:19:37,928
Dia tak baling apa-apa,
jadi, ia tak begitu teruk.

221
00:19:39,429 --> 00:19:40,848
Terima kasih selamatkan New Orleans.

222
00:19:45,811 --> 00:19:47,229
Adik dia.

223
00:19:48,146 --> 00:19:49,939
- Siapa nama dia?
- Charlotte Keene.

224
00:19:49,940 --> 00:19:52,650
Dia juruterbang F-35 di <i>Nimitz</i>.

225
00:19:52,651 --> 00:19:55,403
Hari ini kita di kafeteria pertengahan

226
00:19:55,404 --> 00:19:56,613
sebab seorang lelaki.

227
00:19:57,447 --> 00:19:58,782
Bernard Holland.

228
00:19:59,658 --> 00:20:02,035
Saya bekerja dengan Bernard
selama sepuluh tahun.

229
00:20:03,412 --> 00:20:06,331
Saya tak tahu pemikirannya
sepanjang masa itu.

230
00:20:06,999 --> 00:20:11,003
Saya tahu kedudukan dan kuasa dia
tiada dalam Pakatan.

231
00:20:11,587 --> 00:20:16,674
Bernard yakinkan saya yang ia tradisi
dan telah wujud sejak awal.

232
00:20:16,675 --> 00:20:20,845
Ketua terdahulu mengikut saja,
jadi, saya pun sama.

233
00:20:20,846 --> 00:20:23,015
Begitu juga isteri saya, Camille.

234
00:20:24,474 --> 00:20:25,976
Kita semua juga sama.

235
00:20:27,144 --> 00:20:29,103
Apabila berlaku pemberontakan,

236
00:20:29,104 --> 00:20:32,148
saya dan isteri saya
berbincang lama secara mendalam.

237
00:20:32,149 --> 00:20:33,692
Akhirnya, kami rasa,

238
00:20:34,735 --> 00:20:36,444
seperti kebanyakan kita,

239
00:20:36,445 --> 00:20:39,322
- ini masa untuk perubahan.
- Ya.

240
00:20:39,323 --> 00:20:41,782
- Ketelusan.
- Betul!

241
00:20:41,783 --> 00:20:43,035
Kebenaran.

242
00:20:44,536 --> 00:20:48,332
Tapi, kebenaran ada kesannya.

243
00:20:48,916 --> 00:20:51,542
Tiga bulan ini beri perubahan besar

244
00:20:51,543 --> 00:20:53,128
dalam banyak cara.

245
00:20:53,962 --> 00:20:59,133
Syerif Paul Billings menulis semula
sebahagian Pakatan yang perlu semakan.

246
00:20:59,134 --> 00:21:04,472
Kebanyakan kamera yang Bernard pasang
di seluruh Silo sudah dibuka,

247
00:21:04,473 --> 00:21:09,185
tinggal hanya yang diperlukan
untuk keselamatan awam dan kawalan.

248
00:21:09,186 --> 00:21:14,690
Paling penting, sekarang ada majlis ini,

249
00:21:14,691 --> 00:21:18,529
yang terdiri daripada wakil peringkat
dan ketua jabatan.

250
00:21:24,660 --> 00:21:27,079
Perubahan sudah berlaku.

251
00:21:28,163 --> 00:21:29,372
Sekarang,

252
00:21:29,373 --> 00:21:32,291
saya berbesar hati untuk perkenalkan

253
00:21:32,292 --> 00:21:36,672
satu-satunya orang yang dihantar membersih
dan dapat kembali.

254
00:21:37,464 --> 00:21:42,803
Dia saja yang mengangkat sumpah
semasa terbaring di katil hospital.

255
00:21:43,846 --> 00:21:47,057
Datuk Bandar kita, Juliette Nichols.

256
00:22:03,282 --> 00:22:04,324
Terima kasih.

257
00:22:06,076 --> 00:22:12,583
Saya mengisytiharkan mesyuarat
Majlis Silo yang pertama, dimulakan.

258
00:22:16,461 --> 00:22:18,296
- Ya?
- Terima kasih.

259
00:22:18,297 --> 00:22:20,215
Ahli Kongres, saya sangka
tak sempat jumpa awak.

260
00:22:20,716 --> 00:22:24,635
Hei. Saya berjaya sertai
Jawatankuasa Iran?

261
00:22:24,636 --> 00:22:27,638
Senator suruh saya hubungi
rakan lama di JSOC.

262
00:22:27,639 --> 00:22:29,641
Saya suruh dia jejak adik awak.

263
00:22:30,767 --> 00:22:33,896
Awak betul. Dia dijadualkan
untuk terbang dalam operasi Iran.

264
00:22:35,939 --> 00:22:37,023
Bila?

265
00:22:37,024 --> 00:22:38,358
Malam ini.

266
00:23:00,589 --> 00:23:02,090
<i>Menghampiri</i> McCain.

267
00:23:06,929 --> 00:23:08,764
Saya nampak sesuatu pada arah sembilan.

268
00:23:18,649 --> 00:23:20,816
<i>Okey, semua. Mari naik ke 15,000 meter.</i>

269
00:23:20,817 --> 00:23:24,612
Jarak 75 kilometer ke sasaran,
terus serang dan kembali ke Uncle Chester.

270
00:23:24,613 --> 00:23:26,155
Penyerang Dua, terima.

271
00:23:26,156 --> 00:23:28,242
- <i>Tiga, terima.</i>
- <i>Empat, terima.</i>

272
00:23:51,390 --> 00:23:53,141
<i>Nampak awan di depan sana?</i>

273
00:23:56,353 --> 00:23:58,856
Kenapa ada awan
pada ketinggian 15,000 meter?

274
00:24:10,909 --> 00:24:12,244
<i>Lihat Tomahawk itu.</i>

275
00:24:14,037 --> 00:24:16,999
<i>Apa? Kita 500 kilometer daripada sasaran.</i>

276
00:24:19,084 --> 00:24:21,545
<i>Penyerang Empat.
Ada sesuatu aneh pada panel alatan saya.</i>

277
00:24:22,462 --> 00:24:24,505
<i>Penyerang Satu. Nampak seperti minyak.</i>

278
00:24:24,506 --> 00:24:26,592
<i>Penyerang Tiga. Ya, saya pun ada.</i>

279
00:24:27,926 --> 00:24:29,052
<i>Apa itu?</i>

280
00:24:37,144 --> 00:24:38,604
<i>Penyerang Satu. Saya bersedia!</i>

281
00:24:39,229 --> 00:24:40,480
<i>Saya tak boleh…</i>

282
00:24:41,523 --> 00:24:42,524
<i>Tak guna!</i>

283
00:24:54,203 --> 00:24:56,955
Minta bantuan! Kawalan dron gagal!

284
00:25:08,926 --> 00:25:09,927
Sini.

285
00:25:23,065 --> 00:25:24,148
{\an8}OPERASI 'PEMBALASAN ADIL':

286
00:25:24,149 --> 00:25:25,274
{\an8}SERANGAN MENYASARKAN
KEMUDAHAN NUKLEAR IRAN

287
00:25:25,275 --> 00:25:26,485
Daniel?

288
00:25:36,453 --> 00:25:38,538
Kawan saya dari JSOC telefon tadi.

289
00:25:38,539 --> 00:25:41,290
Skuadron adik awak tak menyerang sasaran

290
00:25:41,291 --> 00:25:43,626
yang dikatakan dalam TV.

291
00:25:43,627 --> 00:25:48,090
Mereka dalam misi
ke kemudahan di pergunungan.

292
00:25:48,841 --> 00:25:50,759
Pesawat Charlotte jatuh,

293
00:25:51,385 --> 00:25:54,721
tapi dia diselamatkan
oleh pasukan penyelamat dari Turkmenistan.

294
00:25:55,472 --> 00:25:56,515
Dia masih hidup.

295
00:25:58,559 --> 00:26:00,060
Dia masih hidup?

296
00:26:05,816 --> 00:26:08,276
Harwood. Ketua Lombong.

297
00:26:08,277 --> 00:26:09,735
Saya tak tahu apa awak mahu saya…

298
00:26:09,736 --> 00:26:11,780
Beri kami laporan status, Ed.

299
00:26:13,073 --> 00:26:14,198
Kami pelombong.

300
00:26:14,199 --> 00:26:15,408
Kami melombong.

301
00:26:15,409 --> 00:26:17,119
Semalam ada kemalangan?

302
00:26:18,287 --> 00:26:21,080
Saya tak pasti jika ia kemalangan,
tapi ada.

303
00:26:21,081 --> 00:26:22,290
Ada…

304
00:26:22,291 --> 00:26:26,377
Ada runtuhan
pada pacu B-92 dari sub-syaf David.

305
00:26:26,378 --> 00:26:28,671
Tujuh orang terperangkap.
Kami berjaya keluarkan mereka.

306
00:26:28,672 --> 00:26:29,755
Cukup?

307
00:26:29,756 --> 00:26:32,593
Maaf. Awak cakap
tak pasti jika ia kemalangan?

308
00:26:35,179 --> 00:26:39,182
Semua orang cakap
usia Silo ialah satu misteri.

309
00:26:39,183 --> 00:26:40,641
Bagi kami tidak.

310
00:26:40,642 --> 00:26:44,605
Jumlah syaf dan terowong yang kami jumpa,
ia sudah ada sekurangnya 300 tahun.

311
00:26:45,230 --> 00:26:48,733
Syaf dan terowong berusia 300 tahun
yang bersilang

312
00:26:48,734 --> 00:26:51,570
dari pelbagai arah,
tapi tak pernah berakhir.

313
00:26:52,404 --> 00:26:54,615
Setidaknya tak lebih daripada 61 meter.

314
00:26:55,324 --> 00:26:56,616
Kenapa?

315
00:26:56,617 --> 00:26:58,911
Sebab ia ada dalam Pakatan.

316
00:26:59,995 --> 00:27:04,416
Ada terowong dan syaf berusia 300 tahun
yang saling bersilang dan berpatah balik.

317
00:27:05,000 --> 00:27:07,836
Berserta kesan bom
yang diletupkan oleh pemberontak.

318
00:27:08,462 --> 00:27:10,171
Saya bukan menyebelahi sesiapa.

319
00:27:10,172 --> 00:27:11,297
Ia sudah berlaku.

320
00:27:11,298 --> 00:27:13,091
Saya cuma beritahu fakta.

321
00:27:14,343 --> 00:27:18,180
Jadi, terowong itu bukan runtuh
sebab kemalangan.

322
00:27:18,764 --> 00:27:22,059
Ia satu keajaiban
ia tak runtuh setiap minggu.

323
00:27:23,101 --> 00:27:24,311
Kenapa…

324
00:27:25,938 --> 00:27:28,898
Kenapa Pakatan hadkan jaraknya?

325
00:27:28,899 --> 00:27:29,942
Entahlah.

326
00:27:31,151 --> 00:27:32,152
Okey.

327
00:27:32,778 --> 00:27:36,323
Okey, mungkin kita boleh periksa
tentang itu.

328
00:27:37,324 --> 00:27:38,575
- Kita akan periksa.
- Ya?

329
00:27:41,411 --> 00:27:45,206
Saya Orla Kent, pelatih Ketua Bekalan.

330
00:27:45,207 --> 00:27:48,126
Carla McLain minta saya
mewakili dia di sini hari ini…

331
00:27:49,127 --> 00:27:50,128
Berapa…

332
00:27:50,754 --> 00:27:52,089
Berapa umur awak?

333
00:27:53,215 --> 00:27:54,757
Dua puluh enam.

334
00:27:54,758 --> 00:27:55,843
Dua puluh enam?

335
00:27:56,426 --> 00:27:58,178
But saya lebih berusia daripada itu.

336
00:28:01,723 --> 00:28:03,141
Saya pun ada, En. Harwood.

337
00:28:03,767 --> 00:28:05,810
Ia but Mak Cik Doreen saya.

338
00:28:05,811 --> 00:28:09,898
Dia bekerja di Bekalan selama 40 tahun
bersama mak dan ayah saya.

339
00:28:10,482 --> 00:28:11,858
Saya membesar di ruang bekalan.

340
00:28:11,859 --> 00:28:14,402
Mula menarik kotak pada kabel tinggi
semasa berusia sepuluh tahun.

341
00:28:14,403 --> 00:28:15,695
Ya.

342
00:28:15,696 --> 00:28:18,698
Kalau saya kena datang ke sini,
Carla pun patut ke sini.

343
00:28:18,699 --> 00:28:21,409
Carla McLain tahu hari ini penting,

344
00:28:21,410 --> 00:28:24,120
tapi dia juga nekad mahu bersara.

345
00:28:24,121 --> 00:28:25,496
Dia mahu saya ada di sini

346
00:28:25,497 --> 00:28:28,416
sebab saya yang akan beri laporan begini
di masa depan.

347
00:28:28,417 --> 00:28:30,084
Terima kasih. Itu bagus.

348
00:28:30,085 --> 00:28:32,421
Sebab itu sudah jelas, beri laporan awak.

349
00:28:33,088 --> 00:28:34,338
Terima kasih.

350
00:28:34,339 --> 00:28:37,008
Sebab pengeluaran terhenti
semasa pemberontakan,

351
00:28:37,009 --> 00:28:38,926
ada banyak kekurangan bekalan selepas itu.

352
00:28:38,927 --> 00:28:40,970
Tapi kami bekerjasama dengan pembekal,

353
00:28:40,971 --> 00:28:44,182
mengambil yang setakat perlu
daripada simpanan dan Bekalan Kritikal.

354
00:28:44,183 --> 00:28:46,434
Penduduk juga mengurangkan penggunaan.

355
00:28:46,435 --> 00:28:49,937
Sekarang semua sektor
kembali ke tahap sebelum pemberontakan.

356
00:28:49,938 --> 00:28:53,066
Kesimpulannya, keadaan di Bekalan bagus.

357
00:28:56,153 --> 00:28:57,487
<i>Awak mahukan kebenaran.</i>

358
00:28:58,697 --> 00:29:00,990
{\an8}<i>Keadaan di Bekalan bagus.</i>

359
00:29:00,991 --> 00:29:02,242
En. Knox.

360
00:29:04,411 --> 00:29:07,246
Ed, saya mewakili
semua orang di sini dengan bercakap,

361
00:29:07,247 --> 00:29:09,498
apa yang awak rungutkan?

362
00:29:09,499 --> 00:29:11,250
Saya datang dari 144.

363
00:29:11,251 --> 00:29:12,710
Saya perlu dibawa naik melalui lubang

364
00:29:12,711 --> 00:29:15,714
oleh beberapa lelaki kurus
yang saya pasti akan jatuhkan saya.

365
00:29:16,507 --> 00:29:17,508
Apa-apa pun,

366
00:29:18,592 --> 00:29:21,678
penjana berfungsi dengan baik
sebab awak, Juliette…

367
00:29:23,138 --> 00:29:24,139
Datuk Bandar,

368
00:29:24,806 --> 00:29:26,225
dan pembaikan awak buat dulu.

369
00:29:27,017 --> 00:29:30,520
Satu lagi perkara yang perlu dilaporkan
ialah tentang lohong penggali.

370
00:29:30,521 --> 00:29:32,356
Apabila berita tentangnya tersebar,
orang ramai…

371
00:29:33,482 --> 00:29:38,069
kebanyakannya remaja dungu,
datang ke bawah untuk melihat

372
00:29:38,070 --> 00:29:39,863
dan ada beberapa yang perlu diselamatkan.

373
00:29:40,781 --> 00:29:44,158
Martha Walker telah buat keputusan sendiri
untuk menutup aksesnya.

374
00:29:44,159 --> 00:29:46,327
Semua benda
yang kita boleh guna dari sana…

375
00:29:46,328 --> 00:29:48,038
sudah diambil lama dulu.

376
00:29:49,039 --> 00:29:51,749
Itu saja laporan saya.

377
00:29:51,750 --> 00:29:52,751
Terima kasih.

378
00:29:55,128 --> 00:29:56,171
Syerif?

379
00:30:04,346 --> 00:30:06,097
Syerif Paul Billings.

380
00:30:06,098 --> 00:30:07,348
Tak banyak untuk dilaporkan.

381
00:30:07,349 --> 00:30:09,100
Saya sedang menyemak Pakatan.

382
00:30:09,101 --> 00:30:10,268
Jenayah berkurangan.

383
00:30:10,269 --> 00:30:11,602
Rasanya itu saja.

384
00:30:11,603 --> 00:30:14,022
Ada perkembangan
tentang dua pelarian kita?

385
00:30:15,732 --> 00:30:19,402
Ada orang nampak Kennedy,
tapi dia dah tiada semasa kami ke sana.

386
00:30:19,403 --> 00:30:20,737
Kalau dia pernah ada di sana.

387
00:30:21,238 --> 00:30:23,072
Tiada maklumat tentang Lukas Kyle.

388
00:30:23,073 --> 00:30:27,535
Dia mungkin mati semasa pemberontakan
dan mayatnya mungkin tersalah kenal pasti.

389
00:30:27,536 --> 00:30:30,496
Kami baru jumpa Rick Amundsen
dua minggu lalu.

390
00:30:30,497 --> 00:30:32,040
Bagaimana dengan Orang Luar?

391
00:30:34,835 --> 00:30:37,336
Mereka buat aksi mereka,
apabila kami sampai ke sana,

392
00:30:37,337 --> 00:30:38,505
mereka sudah tiada.

393
00:30:39,173 --> 00:30:40,424
Awak tahu siapa mereka?

394
00:30:41,216 --> 00:30:43,760
Selain pengikut Kennedy? Tidak.

395
00:30:44,553 --> 00:30:45,804
Mereka pakai topeng.

396
00:30:51,101 --> 00:30:52,352
Datuk Bandar.

397
00:30:54,146 --> 00:30:55,355
Tak apa, Jerry.

398
00:30:55,898 --> 00:30:56,982
En. Knox.

399
00:30:58,025 --> 00:31:00,068
Saya mahu tanya tentang memori awak.

400
00:31:00,611 --> 00:31:02,320
Awak ada ingat apa-apa?

401
00:31:02,321 --> 00:31:04,615
- Semakin baik setiap hari.
- Ya.

402
00:31:05,824 --> 00:31:09,369
Tiada apa-apa lagi
tentang keadaan di luar?

403
00:31:10,037 --> 00:31:12,039
Tidak, hanya yang kita pernah nampak.

404
00:31:13,373 --> 00:31:15,333
Awak ingat saya? Awak…

405
00:31:15,334 --> 00:31:17,126
- Awak tahu siapa saya?
- Ya, sudah tentu dia tahu.

406
00:31:17,127 --> 00:31:19,505
- Awak ketua Mekanikal, bukan?
- Betul.

407
00:31:25,093 --> 00:31:27,595
Anak awak masih di Bekalan?

408
00:31:27,596 --> 00:31:28,804
Tak lama lagi.

409
00:31:28,805 --> 00:31:30,973
Saya harap dia balik ke atas cepat.

410
00:31:30,974 --> 00:31:32,476
Lombong ialah tempatnya.

411
00:31:32,976 --> 00:31:35,395
Dia tak suka bekerja
di bawah orang lebih muda.

412
00:31:36,563 --> 00:31:40,066
Anak awak sebaya saya,
En. Harwood, semasa dia jadi pelatih

413
00:31:40,067 --> 00:31:41,192
ketua Bekalan.

414
00:31:41,193 --> 00:31:42,611
Saya tahu.

415
00:31:43,362 --> 00:31:46,614
Cuma… Saya tahu kemampuan Glenda.

416
00:31:46,615 --> 00:31:48,700
Apa kemampuan dia, En. Harwood?

417
00:31:49,368 --> 00:31:50,994
Apa maksud awak?

418
00:31:51,912 --> 00:31:53,247
Itu cuma satu soalan.

419
00:31:53,789 --> 00:31:54,790
Ada satu lagi.

420
00:31:57,417 --> 00:32:01,129
Bila kali terakhir awak ayun beliung
atau menyodok bijih?

421
00:32:02,214 --> 00:32:03,924
Saya masih mengangkut tong.

422
00:32:05,384 --> 00:32:06,426
Aduh. Awak menyakiti saya.

423
00:32:07,010 --> 00:32:10,263
Tolong jangan cakap kita ada masalah
pada hari pertama Majlis.

424
00:32:10,264 --> 00:32:11,265
Tiada.

425
00:32:17,062 --> 00:32:18,313
Apa yang berlaku tadi?

426
00:32:22,609 --> 00:32:26,113
Ada orang tak suka perubahan.

427
00:32:51,930 --> 00:32:53,764
Perkembangan yang bagus, bukan?

428
00:32:53,765 --> 00:32:54,808
Ya.

429
00:32:56,185 --> 00:32:58,811
Ya. Awak buat perkembangan yang bagus.

430
00:32:58,812 --> 00:32:59,813
Terima kasih.

431
00:33:00,772 --> 00:33:03,399
Awak akan perasan
sesetengah pekerjaan di sini

432
00:33:03,400 --> 00:33:05,235
melanggar beberapa peraturan Pakatan.

433
00:33:06,069 --> 00:33:08,321
Ia dianggap perlu

434
00:33:08,322 --> 00:33:09,822
sebab keadaan sekarang.

435
00:33:09,823 --> 00:33:11,908
Sesetengah peraturan itu
sedang dipertimbangkan

436
00:33:11,909 --> 00:33:13,701
untuk diubah secara kekal.

437
00:33:13,702 --> 00:33:14,870
Betul, Syerif?

438
00:33:15,662 --> 00:33:16,705
Ya.

439
00:33:17,581 --> 00:33:19,082
- Mahu naik?
- Ya.

440
00:33:25,172 --> 00:33:27,257
Shirley mengetuai pembinaan semula.

441
00:33:29,510 --> 00:33:30,928
Awak ingat Shirley, bukan?

442
00:33:31,512 --> 00:33:33,137
Ya, silakan.

443
00:33:33,138 --> 00:33:34,222
Ya…

444
00:33:34,223 --> 00:33:37,517
Awak ada di perjumpaan pertama saya
di kafeteria, bukan?

445
00:33:37,518 --> 00:33:39,811
Betul. Hari pertama awak keluar hospital.

446
00:33:41,563 --> 00:33:44,233
Maaf, sebab saya ambil masa lama…

447
00:33:44,775 --> 00:33:46,526
untuk turun ke sini dan lihat usaha awak.

448
00:33:46,527 --> 00:33:49,279
Saya mahu berterima kasih
untuk semua usaha keras awak.

449
00:33:51,240 --> 00:33:52,532
Saya perlu sambung kerja.

450
00:33:52,533 --> 00:33:54,284
Okey. Baiklah.

451
00:34:05,504 --> 00:34:07,005
Ayah saya mati di sana?

452
00:34:12,177 --> 00:34:15,556
Saya dengar pengorbanan dia
memastikan kejayaan pemberontakan?

453
00:34:19,976 --> 00:34:22,437
Sebenarnya tak perlu ada pengorbanan.

454
00:34:23,480 --> 00:34:27,109
Kami pastikan tangga kosong, tapi…

455
00:34:28,193 --> 00:34:30,820
alat itu patut meletup mengikut pemasa,

456
00:34:30,821 --> 00:34:32,571
tapi pemasa itu hilang.

457
00:34:32,572 --> 00:34:35,825
Kemudian…
Dr. Pete mendesak mahu kekal di sini.

458
00:34:35,826 --> 00:34:37,494
Maaf. Siapa nama awak?

459
00:34:41,039 --> 00:34:42,416
Saya Hank, puan.

460
00:34:43,125 --> 00:34:44,625
Timbalan Hank Murphy.

461
00:34:44,626 --> 00:34:47,504
Timbalan Hank, saya tak salahkan sesiapa.

462
00:34:48,172 --> 00:34:51,216
- Kecuali Bernard.
- Ya. Sudah tentu, Bernard.

463
00:34:51,842 --> 00:34:53,510
Baiklah. Makanan tengah hari sudah sedia.

464
00:34:54,011 --> 00:34:54,844
Okey.

465
00:35:46,313 --> 00:35:47,606
Sekejap, berhenti!

466
00:35:56,907 --> 00:35:57,908
Okey.

467
00:35:58,450 --> 00:35:59,493
Okey.

468
00:36:12,756 --> 00:36:14,716
Saya tak tahu cara awak boleh buat begitu.

469
00:36:16,260 --> 00:36:17,468
Buat bagaimana?

470
00:36:17,469 --> 00:36:21,097
Cakap, "Ya, puan," "Tidak, puan."
Itu mengarut!

471
00:36:21,098 --> 00:36:23,391
Shirl, saya tak tahu apa saya patut buat.

472
00:36:23,392 --> 00:36:25,769
Buat dia rasa malu sebab tak ingat kita?

473
00:36:26,478 --> 00:36:27,603
Nama dia Jules.

474
00:36:27,604 --> 00:36:29,231
Dia dari Mekanikal. Dia tak…

475
00:36:29,898 --> 00:36:33,484
Dia benci pakai gaun.

476
00:36:33,485 --> 00:36:35,820
Camille cakap ia akan ambil masa.

477
00:36:35,821 --> 00:36:37,113
Kita tak boleh paksa.

478
00:36:37,114 --> 00:36:40,158
Sudah tiga bulan dia cakap begitu.

479
00:36:43,704 --> 00:36:44,955
Jules takkan kembali.

480
00:36:45,956 --> 00:36:47,541
Dia sedang ke sini sekarang.

481
00:36:49,001 --> 00:36:50,377
- Apa?
- Dia sedang ke sini.

482
00:36:52,337 --> 00:36:57,426
Shirley, boleh saya cakap
dengan awak sekejap?

483
00:37:00,345 --> 00:37:01,722
- Boleh?
- Ya.

484
00:37:05,726 --> 00:37:08,394
Camille cakap kita pernah berkawan,

485
00:37:08,395 --> 00:37:11,772
atau dulu kita kawan baik, bukan?

486
00:37:11,773 --> 00:37:14,066
- Awak boleh anggap begitu.
- Okey.

487
00:37:14,067 --> 00:37:15,068
Jadi,

488
00:37:16,945 --> 00:37:19,572
saya tak tahu
mahu bercakap dengan siapa sekarang.

489
00:37:19,573 --> 00:37:21,491
Saya perlu…

490
00:37:23,744 --> 00:37:25,828
Saya ingat satu memori.

491
00:37:25,829 --> 00:37:27,956
Saya tak tahu jika ia mimpi dan saya…

492
00:37:28,874 --> 00:37:31,792
Saya di luar sendat udara dengan Bernard.

493
00:37:31,793 --> 00:37:35,046
Saya ada perasaan membuak

494
00:37:35,047 --> 00:37:36,422
seperti ada sesuatu saya kena buat.

495
00:37:36,423 --> 00:37:38,883
Saya tak tahu apa, tapi saya tahu Bernard.

496
00:37:38,884 --> 00:37:43,138
Dia mungkin tahu apa saya patut buat
dan saya rasa…

497
00:37:44,389 --> 00:37:45,390
Saya…

498
00:37:46,934 --> 00:37:48,935
Ini soalan saya kepada awak.

499
00:37:48,936 --> 00:37:51,646
Saya ada cakap apa-apa kepada awak?

500
00:37:51,647 --> 00:37:54,107
- Awak tahu apa saya maksudkan?
- Tidak.

501
00:38:01,240 --> 00:38:03,492
Dia memandang saya?

502
00:38:04,993 --> 00:38:06,703
Tak, dia sudah pergi.

503
00:38:11,959 --> 00:38:13,377
- Semuanya okey?
- Ya.

504
00:38:13,877 --> 00:38:15,045
Datuk Bandar.

505
00:38:16,171 --> 00:38:17,172
- Kami minta diri.
- Maaf.

506
00:38:18,257 --> 00:38:22,009
- Orla? Ya.
- Ya, ada masalah.

507
00:38:22,010 --> 00:38:25,471
Saya diberitahu saya hanya boleh cakap
tentangnya dengan dua orang saja.

508
00:38:25,472 --> 00:38:28,975
Ketua Bekalan dan puan.

509
00:38:28,976 --> 00:38:30,060
Okey.

510
00:38:31,311 --> 00:38:32,479
- Boleh. Ya.
- Ya.

511
00:38:34,439 --> 00:38:35,732
Bekalan Kritikal.

512
00:38:36,400 --> 00:38:39,151
Semua benda yang dimasukkan
ke dalam Silo semasa ia dibina.

513
00:38:39,152 --> 00:38:41,529
Mentol, komputer, semua itu.

514
00:38:41,530 --> 00:38:45,616
Ada banyak barang sudah hilang.

515
00:38:45,617 --> 00:38:46,910
Mungkin dicuri.

516
00:38:47,786 --> 00:38:48,995
- Betul?
- Ya.

517
00:38:48,996 --> 00:38:51,581
Tapi saya rasa ia mungkin di pembinaan.

518
00:38:51,582 --> 00:38:53,458
- Datuk Bandar.
- Ya?

519
00:38:54,626 --> 00:38:56,003
Kita ada masalah.

520
00:38:57,129 --> 00:39:00,381
Pengawal cakap
penyerang memakai topeng dan hud.

521
00:39:00,382 --> 00:39:01,465
Orang luar.

522
00:39:01,466 --> 00:39:03,301
Apa mereka buat di IT?

523
00:39:03,302 --> 00:39:04,970
Mereka ambil topi keledar dari bilik sut.

524
00:39:05,679 --> 00:39:07,805
Kenapa mereka ambil topi keledar?

525
00:39:07,806 --> 00:39:09,015
Alamak.

526
00:39:09,016 --> 00:39:11,935
INI KEBENARAN
PAPARAN ITU PENIPUAN!

527
00:39:33,290 --> 00:39:35,709
Paparan itu penipuan.

528
00:39:40,839 --> 00:39:42,007
- Juliette?
- Ya.

529
00:39:42,633 --> 00:39:44,009
Ya. Okey.

530
00:39:45,177 --> 00:39:47,261
- Cari Kennedy.
- Kami akan terus mencari.

531
00:39:47,262 --> 00:39:49,264
Mungkin awak kena tangkap
salah seorang pengikutnya.

532
00:39:50,057 --> 00:39:51,350
Idea yang bagus.

533
00:40:02,444 --> 00:40:03,946
- Hei.
- <i>Hei.</i>

534
00:40:04,905 --> 00:40:07,657
Adik awak dihantar keluar
dari Landstuhl 12 jam lalu.

535
00:40:07,658 --> 00:40:09,951
Ya. Dia akan mendarat di Andrews
dalam sepuluh minit.

536
00:40:09,952 --> 00:40:11,202
Saya akan jumpa dia di Walter Reed.

537
00:40:11,203 --> 00:40:13,538
- Dia bukan ke Walter Reed.
- Apa?

538
00:40:13,539 --> 00:40:15,623
<i>Saya pasti awak ada dengar
yang badannya selamat,</i>

539
00:40:15,624 --> 00:40:17,542
tapi dia alami TBI. Kecederaan…

540
00:40:17,543 --> 00:40:19,836
Kecederaan otak akibat trauma.
Ya, saya tahu, tapi…

541
00:40:19,837 --> 00:40:22,129
Okey, mak saya hubungi kenalannya.

542
00:40:22,130 --> 00:40:24,633
Dia sedang dihantar
ke Klinik Heidi Stensen di Fairfax.

543
00:40:25,217 --> 00:40:28,094
<i>Ini tempat terbaik
untuk TBI di negara ini.</i>

544
00:40:28,095 --> 00:40:29,595
Di dunia.

545
00:40:29,596 --> 00:40:31,347
Awak patut tahu daripada namanya.

546
00:40:31,348 --> 00:40:33,183
- Stensen.
- <i>Ya.</i>

547
00:40:33,684 --> 00:40:35,184
<i>Heidi Stensen ialah ibunya.</i>

548
00:40:35,185 --> 00:40:38,480
Ibunya alami Alzheimer.
Dia banyak melabur dalam klinik itu.

549
00:40:51,702 --> 00:40:53,704
{\an8}KLINIK HEIDI STENSEN

550
00:40:54,746 --> 00:40:56,790
Hai. Saya mahu melawat Charlotte Keene.

551
00:41:22,316 --> 00:41:24,193
Awak nampak lebih sihat.

552
00:41:38,582 --> 00:41:39,875
Siapa awak?

553
00:41:45,130 --> 00:41:48,007
Kami masih cuba menjejak orang luar itu.

554
00:41:48,008 --> 00:41:50,093
Malangnya, mereka bijak.

555
00:41:50,844 --> 00:41:53,971
Apabila mereka berpecah,
mereka pergi ke tempat tiada kamera.

556
00:41:53,972 --> 00:41:55,806
Kita ada rakaman ini.

557
00:41:55,807 --> 00:41:57,684
<i>Tunggu, berhenti!</i>

558
00:41:58,685 --> 00:42:00,103
Pergelangan tangannya mungkin patah.

559
00:42:02,314 --> 00:42:05,149
Cari seorang wanita
yang lengan kanan berbalut.

560
00:42:05,150 --> 00:42:06,193
Baik.

561
00:42:22,000 --> 00:42:23,043
Kenapa?

562
00:42:24,586 --> 00:42:25,921
Bagaimana saya mahu masuk?

563
00:42:27,464 --> 00:42:29,382
Saya tak faham. Apa awak…

564
00:42:29,383 --> 00:42:31,343
Bagaimana saya mahu masuk
melalui pintu itu?

565
00:42:31,927 --> 00:42:34,470
- Bernard bukanya. Dia…
- Bukan. Ya. Tidak.

566
00:42:34,471 --> 00:42:35,681
Awak cakap begitu, tapi saya…

567
00:42:37,266 --> 00:42:39,351
Saya tak patut tahu dia akan buat begitu.

568
00:42:40,143 --> 00:42:42,813
Jadi, bagaimana…

569
00:42:45,107 --> 00:42:46,984
Saya patut ada rancangan, bukan?
Jadi, saya…

570
00:42:49,528 --> 00:42:51,488
Saya patut ada sesuatu, bukan?

571
00:42:55,951 --> 00:42:56,952
Saya ada sesuatu.

572
00:42:59,329 --> 00:43:00,914
Saya pegang sesuatu.

573
00:43:03,083 --> 00:43:04,626
Saya pegang tuil besi.

574
00:43:06,253 --> 00:43:08,130
Itu yang saya guna untuk buka pintu itu.

575
00:43:17,306 --> 00:43:18,515
Juliette.

576
00:43:20,350 --> 00:43:21,351
Hei.

577
00:43:21,894 --> 00:43:23,144
Hei.

578
00:43:23,145 --> 00:43:24,437
Hei, pandang saya. Juliette.

579
00:43:24,438 --> 00:43:26,856
- Saya okey.
- Juliette, dengar.

580
00:43:26,857 --> 00:43:27,941
Saya pergi…

581
00:43:30,652 --> 00:43:32,236
Saya pergi ke tempat berbeza.

582
00:43:32,237 --> 00:43:34,156
Ya. Betul. Kami tahu.

583
00:43:35,157 --> 00:43:36,283
Saya pergi…

584
00:43:37,868 --> 00:43:39,870
Rasanya saya pergi ke silo lain.

585
00:43:41,955 --> 00:43:42,956
Okey.

586
00:43:44,499 --> 00:43:46,752
Sudah sampai masa awak tontonnya lagi.

587
00:43:49,505 --> 00:43:51,839
Bernard letak kamera…

588
00:43:51,840 --> 00:43:55,259
Dalam topi keledar pembersih,
tapi tak tunjuk kepada sesiapa. Saya tahu.

589
00:43:55,260 --> 00:43:58,096
- Awak sudah beritahu saya banyak kali.
- Ya.

590
00:43:59,056 --> 00:44:00,349
- Okey.
- Ya.

591
00:44:04,269 --> 00:44:05,729
Sekarang awak ingat?

592
00:44:08,899 --> 00:44:10,316
Awak keluar.

593
00:44:10,317 --> 00:44:12,401
Awak pergi sampai ke pondok perlindungan.

594
00:44:12,402 --> 00:44:13,945
- Awak ada di sana…
- Saya di sana

595
00:44:13,946 --> 00:44:15,988
sehingga saya cukup kuat untuk kembali.

596
00:44:15,989 --> 00:44:18,116
Ada sut dan topi keledar di dalam sana.

597
00:44:18,825 --> 00:44:21,620
Sut itu berpenebat untuk kalis api.

598
00:44:22,829 --> 00:44:24,164
Terima kasih kepada Pengasas.

599
00:44:26,792 --> 00:44:28,001
Terima kasih kepada Pengasas.

600
00:44:51,942 --> 00:44:52,943
Apa itu?

601
00:44:53,569 --> 00:44:55,945
IT cakap kita kekurangan Vitamin D.

602
00:44:55,946 --> 00:44:58,991
Tolong hantar dua tong D+
ke Penapisan Air.

603
00:44:59,616 --> 00:45:01,659
- Berapa beratnya?
- Sangat berat.

604
00:45:01,660 --> 00:45:04,120
Mereka ada tiga pasukan berganti-ganti.

605
00:45:04,121 --> 00:45:06,330
- Mereka guna kereta luncur?
- Kena gunanya.

606
00:45:06,331 --> 00:45:07,958
Jadi, mereka hanya boleh bergerak
waktu malam.

607
00:45:08,792 --> 00:45:11,128
- Mereka beritahu jangka masanya?
- Tiga hari.

608
00:45:11,753 --> 00:45:13,379
Tiada apa untuk saya merungut.

609
00:45:13,380 --> 00:45:15,591
Tapi awak akan tetap merungut.

610
00:45:20,637 --> 00:45:21,638
Bagaimana Majlis?

611
00:45:22,931 --> 00:45:25,976
Okey. Walaupun saya ada bertengkar
dengan Harwood.

612
00:45:26,476 --> 00:45:27,643
Teruk betul.

613
00:45:27,644 --> 00:45:30,479
Dia tak suka saya ganti tugas anaknya.

614
00:45:30,480 --> 00:45:32,023
Dia tahu saya sedang siasat anaknya.

615
00:45:32,024 --> 00:45:33,609
Anaknya pasti beritahu dia.

616
00:45:36,570 --> 00:45:39,281
Walaupun dengan semua yang awak lalui,
awak nampak…

617
00:45:41,325 --> 00:45:43,118
Awak lebih tenang berbanding sebelum ini.

618
00:45:45,579 --> 00:45:47,331
Mungkin sebab saya jumpa Datuk Bandar.

619
00:45:48,415 --> 00:45:53,462
Ada sesuatu tentang dia
yang buat saya rasa keadaan akan okey.

620
00:45:56,632 --> 00:45:59,384
Saya akan pergi tinjau pembinaan.

621
00:46:00,177 --> 00:46:01,802
Saya nampak sesuatu di lubang itu.

622
00:46:01,803 --> 00:46:04,138
Buat saya terfikir
cara dia alihkan barang.

623
00:46:04,139 --> 00:46:05,723
Bagaimana?

624
00:46:05,724 --> 00:46:07,559
Saya akan beritahu awak kalau saya betul.

625
00:46:09,728 --> 00:46:10,729
Hei.

626
00:46:35,087 --> 00:46:36,547
<i>Bagaimana keadaan dia?</i>

627
00:46:37,673 --> 00:46:39,465
<i>Dia nampak kurang terganggu.</i>

628
00:46:39,466 --> 00:46:43,011
Dia sudah terima sepenuhnya
yang memori pondok perlindungan itu benar.

629
00:46:46,932 --> 00:46:48,267
Awak masih risau.

630
00:46:49,226 --> 00:46:51,477
<i>Sudah tiga bulan dia tiada memori</i>

631
00:46:51,478 --> 00:46:53,230
<i>selain daripada yang awak beri.</i>

632
00:46:54,106 --> 00:46:55,357
<i>Sekarang, ini pula.</i>

633
00:46:57,693 --> 00:47:00,570
<i>Perintah</i> cakap
ubat penahan memori tak sempurna,

634
00:47:00,571 --> 00:47:03,657
- dan sesetengah memori akan kembali…
- <i>Kita sudah tak mengikut</i> Perintah.

635
00:47:04,157 --> 00:47:07,702
<i>Ini bukan dia teringat
dia tak suka cendawan.</i>

636
00:47:07,703 --> 00:47:11,248
<i>Ini tentang dia yakin
ada sesuatu dia perlu buat</i>

637
00:47:12,165 --> 00:47:14,042
<i>yang dia tak dapat ingat.</i>

638
00:47:15,377 --> 00:47:16,545
<i>Itu merisaukan saya.</i>

639
00:47:20,966 --> 00:47:22,050
<i>Gandakan dos.</i>

640
00:47:30,559 --> 00:47:31,685
Vitamin awak.

641
00:47:38,609 --> 00:47:40,776
Mesyuarat pertama Majlis Silo.

642
00:47:40,777 --> 00:47:41,945
Bagaimana?

643
00:47:43,322 --> 00:47:45,157
Tiada apa saya boleh bandingkan, jadi…

644
00:47:46,617 --> 00:47:49,327
- Saya harap awak tidur lena malam ini.
- Terima kasih.

645
00:47:49,328 --> 00:47:50,661
Jumpa pagi nanti.

646
00:47:50,662 --> 00:47:51,663
Jumpa nanti.

647
00:47:56,335 --> 00:47:57,628
- Hai.
- Hei.

648
00:47:59,213 --> 00:48:00,214
Hei, Tony.

649
00:48:01,131 --> 00:48:03,007
- Sup istimewa.
- Okey.

650
00:48:03,008 --> 00:48:04,092
Saya dengar ia sedap.

651
00:48:05,385 --> 00:48:07,179
Awak cakap begitu setiap malam.

652
00:48:07,804 --> 00:48:09,222
- Saya akan tunggu di luar.
- Ya?

653
00:48:09,223 --> 00:48:11,307
Kalau awak tak suka,
saya akan bawa sup mi ayam.

654
00:48:11,308 --> 00:48:12,809
Baiklah. Terima kasih.

655
00:49:49,740 --> 00:49:52,326
- Sangat tak sedap?
- Tak begitu sedap.

656
00:49:52,868 --> 00:49:54,535
- Saya akan ambilkan sup mi ayam.
- Tak perlu.

657
00:49:54,536 --> 00:49:56,204
- Saya tak lapar.
- Kenapa mangkuk terbalik…

658
00:49:56,205 --> 00:49:58,289
Itu supaya mereka tahu saya tak sukanya.

659
00:49:58,290 --> 00:50:00,166
- Baiklah, puan.
- Okey. Jumpa lagi, Tony.

660
00:50:00,167 --> 00:50:01,293
Jumpa lagi.

661
00:50:29,238 --> 00:50:32,573
MAHU TAHU KEBENARAN

662
00:50:32,574 --> 00:50:35,326
TERBALIKKAN MANGKUK AWAK

663
00:50:35,327 --> 00:50:38,996
PERGI KE PASAR PADA PUKUL DUA

664
00:50:38,997 --> 00:50:41,041
{\an8}BAKAR KERTAS INI

665
00:51:40,350 --> 00:51:42,352
Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman

